Dengan Ismi ALLAHi, Al-Rahmaani, Al-Rahiimi...
Fitnah Al-Masih-ud-Dajjal
Jika DS Anwar 'Ibrahim tak bersalah...maka siapakah yang bersalah? Sudah tentu ada yang bersalah!
Maka yang menabur fitnah itulah, serta konco-konco merekalah yang bersalah.
Mereka yang bersalah ini telah masuk ke dalam perangkap Sistem Fitnah Dajjal.
Siapakah Penabur-penabur Fitnah tersebut?
- Sesiapa saja yang Memfitnah itu mempunyai sifat hasad dengki mengikut Syaitaan.
- Sesiapa saja yang terbabit dengan Menyebar Khabar Fitnah tersebut juga bersekongkol dengan Syaitaan.
Antara Pesanan Rasulullah SAW:
- "Berwaspadalah terhadap syaitaan demi keselamatan agama kalian. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kalian dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kalian tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil".
- "Ingatlah, bahawa, kalian akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kalian kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kalian terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."
- “Sesungguhnya harta darah dan KEHORMATAN kalian HARAM atas sesama kalian seperti kemuliaan hari kalian ini dalam bulan kalian ini di negeri kalian ini.”
9 comments:
Assalamualaikum tuan.
Pada pendapat tuan siapa kah yg bersalah???? jawapannya ada pd tuan..hanya jika tuan berhati bersih dapat melihat siapa yg sebenarnya difitnah dan memfitnah...Jika tuan gagal melihat tuan telah tergolong dalam mainan alat atau sistem dajal.....
demokrasi,mahkamah dan demontrasi alat dajal...jd siapa yg selalu menjunjung demonstrasi???
Penyokong Bani Tamim Dr timur
assalamualaikum ya sayyid,
apakah keadaan ini sebagai tanda hampirnya kemuncullan al-massih dajjal???
Assalamualaikum semua..
Kpd yg memberi komen,
Jgnlah kita menggunakan Kalam Allah dan Lisan Baginda Rasulullah s.a.w dgn berpandukan akal,hati dan mujur kita tanpa mengikut jalan2 yg Haq mengikut pesanan baginda kpd perawi2nya..
Tersangatlah bahaya perbuatan tuan2 ini krn telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w bahawa sesiapa yg mengambil satu Hadith baginda Rasulullah s.a.w ttp dibawa ke lain daripada yg dikehendaki oleh Hadith itu krn Jahil akan Muradnya(kehendaknya),hanya berpegang kpd Zahirnya dan tiada tahukan hadith yg memaksudkan pd riwayat yg lain,dan menasakhkan setengahnya, maka perbuatan itu dilarang sama sekali oleh Rasulullah s.a.w..
Usah menggunakan utk tujuan memaniskan pendapat kita atau menasabkan kpd yg bukan Haqnya,
itu dilarang sama sekali oleh Syara'..
Itu adalah perbuatan org2 Jahil..
Berlepas dirilah wahai tuan2 krn akibatnya sgt buruk sekali..
Tidak boleh kita mantafsirkan Hadith dan Al-Quran mengikut apa2 yg terlintas dihati dan akal kita semata-mata krn itu melanggar Amanat Baginda Rasulullah s.a.w..
Inyanya boleh menyuburkan Fitnah dan fitnah itu sendiri adalah mainan Dajjal..
Seharusnya kita menyerahkan maslahat yg masih wujud kesamarannya itu kpd ilmu Allah,displin mentafsir yg diikuti oleh Sahabat,ulama Mujtahid yg ketat syarat dan displinnya,bukan semudah yg kita sangkakan jika kita bukan Ahlinya yg tiada ilmu Nahu,Ilmu Qiraat dan segala ilmu yg menjadi syarat yg baginda Rasulullah s.a.w pernah nyatakan..
Jika diabaikan akan panduan Rasulullah s.a.w ini kita boleh jatuh dan terjerumus kpd ciri2 Ahli Bid'ah,Khawarij dan lain2 kelompok batil yg mengerjakan yg Haram dan ditegah oleh Syara'..
Boleh jatuh kita kpd kelompok yg berbohong atas Baginda Rasulullah s.a.w,yg merepek-repekkan Kalam Allah krn menyeleweng dari Maksud Tafsir yg sebenarnya..
Maka Rasulullah s.a.w mengingatkan kan kelompok2 yg demikian supaya mengambil tempatnya di neraka kelak..
Begitulah bahayanya perbuatan itu wahai Tuan2 sekelian..
Semua ini terjadi krn kita merasakan diri kita mengetahui sedangkan ianya terlalu sedikit disisi Rasul dan Allah lalu selayaknya kita berdiam diri sahaja dan menyerahkannya kpd yg Ahli..
Dosa mata,Dosa lidah,Dosa tangan,Dosa Kaki,Dosa Perut,Dosa Hati masih lg tidak mampu kita hentikan,maka usahlah kita menambah-nambah dosa2 yg lain..
Bartaubatlah sebelum kita dipersoalkan krn melakukan perkara yg bukan Haq utk kita melakukannya..
As-salamu'alaykum...
Anon 656,
Ada 2 saja, satu yang Haq dan satu yang Bathil. ALLAHU Maha Benar (Al-Haqq) dan Dia Satu-satu Yang Benar (Haqqun). Apabila ada yang Haq maka mesti ada yang Bathil...tidak boleh ada kedua-duanya Haq atau kedua-duanya Bathil dalam sesuatu kes menuntut keadilan. Maka itu adalah Hukum ALLAH jua.
Mahkamah "Common Law" adalah Sistem Dajjal yang di bawa masuk ke Tanah Jawi oleh Penjajah Salib British. Contoh kebathilannya:
Ramai orang yang dihukum gantung sampai mati kerana mengedar Tumbuhan Ganja padahal daun ganja (Cannabis sativa) ialah Tumbuhan Ciptaan ALLAH yang tiada mengandungi racun tambahan dan tambahan lagi "Hukuman Mati Mengedar Ganja" tidak dimaktubkan dalam Al-Qur'aan dan tidak pernah dilaksanakan oleh Nabi. Maka apabila datang Hukum Common Law bersistemkan Dajjal, hukuman mati yang bukan Haq dicipta dan para ulama' juga terikut-ikut ke dalam Fitnah Dajjal lalu menetapkan hukum,"Ganja itu Haram". Mereka yang membawa masuk Sistem Dajjal ke Tanah Jawi, yang mempraktiskannya dan ulamak2 yang menghukum "Tumbuhan Ciptaan Allah ini Haram" sebenarnya merekalah "Anak-anak Jawi Yang Haram" kerana mereka menghukumkan "Haram" ke atas tok nenek moyang mereka sendiri yang dahulunya mengambil asap ganja untuk menguatkan kesihatan saraf ketika turun memukat di laut, ketika menarah gunung dan ketika menanam padi di sawah. Dan mereka menghukum juga haram ke atas Ciptaan Allah Ta'ala! Mereka ini mengharamkan sesuatu demi untuk menghalalkan cara (Sistem) mereka sendiri (Dajjal). Semoga bertawbatlah mereka sebelum Al-Qiyamah.
Benar..Demokrasi adalah Sistem Dajjal kerana mengikut perkisahan Al-Qur'aan, tiada seorang Nabi pun yang dipersetujui oleh suara majoriti masyarakat sekeliling (Demokrasi) dan para Anbiya' tidaklah mereka diundi. Jika hendak diundi Nabi Muhammad di kota Mekah yang penuh dengan kafir musyrik dan jika hendak diundi Nabi Muhammad di kota Madinah yang penuh dengan penduduk Yahudi...sudah tentulah Nabi tak diangkat menjadi pemimpin. Jadi Sistem Demokrasi bukanlah Sistem Islam dan sesiapa yang mengaitkan Demokrasi dengan Sistem Bai'at Islam mereka itulah Agen-agen Sistem Dajjal!
Demonstrasi bukanlah Sistem Dajjal. Ahl-ul-Bayt Nabi Muhammad sebermulanya Saydatina 'Aisya, Saydatina Fatima, Saydina Hussain, Saydina Hassan sehinggalah piut Rasulullah Saydi Zaidi ibn 'Ali sendiri pun memberontak (berdemonstrasi) menuntuk keadilan. Di akhir zaman ini, Panji Hitam dari Timur dan Pemimpin Bani Tamim sendiri juga berdemonstrasi menuntut Keadilan. Dan mereka yang saya sebut di atas bukanlah agen-agen Sistem Dajjal...na'uzu-biLLAHI min Dzalika!
Semua para Nabi menjunjung Kalimat ALLAH dan Nabi Nuuh, Nabi Lut, Nabi Saleh, Nabi Ibrahim juga Nabi Musa, Nabi 'Isa serta Nabi Muhammad kesemuanya berdemonstrasi (bersama pengikut setia) membantah pemerintah Thagut seperti Fir'aun.
Semoga Anon 656 dapat bernaung di bawah Panji Tamim yang haq.
Ya Sayid Anon 714,
Apabila Sistem Al-Masih-ud-Dajjal telah meresap ke dalam setiap setiap sudut insaniyat yakni dalam tatacara amal, tatacara ibadah, tatacara berhukum dan tatacara penyebaran ilmu maka...nantilah kemunculan Al-Masih-ud-Dajjal.
Lobai Joram Pergai..
Hadith ada 3 tahap pemahaman. Al-Qur'an ada 7 jenis tahap pemahaman. Setidak-tidaknya kita tahu 1 tahap sudah cukup.
Salah satu kesilapan jamaah Yahudi dan Nasrani ialah mereka terlalu taksub kepada golongan pendita dan ulamak mereka yang mereka katakan sebagai AHLI lalu mereka serah kesemuanya bulat-bulat kepada AHLI. Jadi AHLI ini disebut ALLAH sebagai AHL-UL-KITAB dan mereka inilah yang merosakkan Ajaran Para Nabi.
Dalam Agama Islam pun ada juga AHLI...AHL-UL-KITAB. Semoga mereka diberi Petunjuk sebelum ALLAH mengharuskan jadinya Al-Qiyamah.
Sekian..terima kasih semua kerana bertanya dan Syukur kita ke hadrat ALLAH atas segala Ilham dari-Nya.
Waassalamu-'alaykum.
p/s...
Walaupun saya berkata Mahkamah Common Law adalah Sistem Dajjal bawaan dari Tentera Salib British Namun demikian kita tidak boleh mengatakan setiap seorang Hakim itu terikat dengan Sistem tersebut. Ini adalah kerana ada Kalimat-ul-Fasli yg ditanam oleh ALLAH yang Maha Adil ke dalam jiwa Hakim-hakim tertentu supaya Keadilan ditunjukkan. Sila rujuk pada Al-Qur'an Yang Menerangkan mengenai "Kalimat-ul-Fasli".
Assalamualaikum...tuan
Di bawah merupakan potongan hadis...apa yg bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi seluruh dunia...
Harap mendapat pandangan...
• Kesilapan Menggunakan Al-Quran Sebagai Alat Propaganda;- Ali bin Thalib r.a.
berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Kelak akan muncul
di antara umatku suatu kaum yang membaca Al-Quran bukan seperti lazimnya
kamu membaca, dan sembahyangmu jauh berbeza dengan cara mereka
bersembahyang. Mereka membaca Al-Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu
sebagai alat propaganda mereka, padahal Al-Quran itu berisi peringatan yang
harus mereka junjung. Bacaan mereka itu tidak melebihi kerongkongnya (tidak
sampai meresap ke dalam hati). Mereka itu sebenarnya keluar dari Islam,
bagaikan anak panah yang lepas dari busurnya;- (Riwayat Muslim).
Salam Maghrib...hubungi saya di fihah78@gmail.com
wa 'alaykumu-as-salam,
Ya Fiha..hadith tersebut telah dipinda sedikit pada klausa "Mereka membaca Al- Quran dengan mengira bahawa Al-Quran itu sebagai alat propaganda mereka"...sebenarnya yang disabda ialah "Mereka berbicara dengan cara yang mempersona seolah-olah merekalah golongan yang terbaik pada masa mereka". Klausa yang lainnya tiada masalah bagi saya, yakni mematuhi maksud sabda asal.
Pengertiannya ada 3 lapis: Maksudnya golongan ini membaca Al-Qur'an hanya sedap didengar tapi tak difahami penghayatan pemahamannya di hati mereka. Maksudnya Allah kunci hati mereka dari petunjuk yg datang bersama Kalimat Ayat. Maksudnya juga mereka sengaja gunakan dalil2 dari Kalimat Ayat untuk tujuan peribadi atau mengharap pujian atau menghalal/mengharam cara mengikut matlamat mereka yg palsu. Maksudnya juga mereka menggubah pemahaman yg Qodim sebagaimana Rasul, Sahabah dan Awliya faham. Maksudnya mereka ini berceramah/berkhutbah dengan cara yg menarik pengikut secara berjamaah-jamaah banyaknya dan menyesatkan umat pada skala yg besar. Maksudnya mereka ini membaca Al-Qur'an secara nyanyi-nyanyian yg sedap didengar sedangkan isi-isi Al-Qur'an itu adalah peringatan2 keras supaya menambah ketakwaan (ketakutan) pada Allah. Maksudnya mereka membaca secara iqra' laju bersambung2 perkataan sedangkan ia sepatutnya dibaca secara Tartilan patah demi patah supaya maksud pada sebutannya jelas berisi. Maksudnya cara mereka sembahyang yakni kedudukan tangan dan tapak kaki dan ketika qiam, ketika rukuk dan sujud serta tempoh masanya tidak mengikut manasik yg diajar Rasul. Maksudnya juga niat dan tujuan mereka sembahyang kerana sebab2 sampingan lain selain dari LILLAHI TA'ALA.
Maksudnya mereka ini keluar dari kefahaman Al-Qur'an dan Sunnah (keluar Islam) mengikut cara yg amat pantas tanpa sempat meninggalkan bekas.
Sekian. t.kasih.
Assalamualaikum saudara ku,
Persoalan ku, bagaimana pula kalau yang dikatakan tidak bersalah itu adalah yang sebenar - benarnya bersalah?
Si pembawa isu ini, juga hamba Allah s.w.t, dirinya juga harus di berikan hak dan keadilan yang secukup - cukupnya.
Dan turut terkena akan tempias dosa adalah mereka - mereka yang memfitnah si pembawa isu ini.
Adakah mereka terlepas?
Salamun'alaykum...
Saudara se-Islamku,
Perkara-perkara "dalam kelambu" suami-isteri biarlah kekal di dalam kelambu. Perkara "dalam membontot" biarlah kekal di dalam bontot. Adalah sesuatu yang meng'aibkan diri, agama, masyarakat dan qariat sekiranya perkara dalam kelambu dan dalam bontot dibawa masuk ke dalam mahkamah dan media. Sesungguhnya ALLAHU menutup 'aib hamba-hamba-Nya. Jika dibukakan-Nya kesemua hijab yang menutup...maka manusia tidak akan berasa aman.
Terima kasih kerna bertanya.
Post a Comment