يَـا قَدِيْمٌ يَـا دَائِمٌ يَـا أَحَدٌ يَـا وَاحِدٌ يَـا صَمَدٌ يَـا قَدِيرٌ يَـا قَوِيٌّ يَـا عَزِيزٌ يَـا غَنِيٌّ يَـا كَرِيمٌ يَـا حَفِيظٌ يَـا شَهِيدٌ يَـا غَفُورٌ

يَـا يُبْدِئُ وَيُعِيدْ، يَـا ذَا الْقُوَّةِ الْمَتِينْ، يَـا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامْ، يَـا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدْ، يَـا عَلَّامُ الْغُيُوبْ،

يَـا أَرْحَمُ الرَّاحِمِينْ، يَـا أَحْكَمُ الْحَاكِمِينْ، يَـا خَيْرُ الْوَارِثِينْ، يَـا خَيْرُ الْمُنزِلِينْ، يَـا خَيْرُ الرَّاحِمِينْ،

يَـا خَيْرُ الرَّازِقِينْ، يَـا خَيْرُ الْفَاتِحِينْ، يَـا خَيْرُ الْغَافِرِينْ

فَعْلَمْ نَهُ

لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ

وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ


وَاَنَّ مُحَمَّدٌ اعَبْدُه وَرَسُولُهْ

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ قَدْطَ قَدْهِلَتِيْ اَدْرِكْنيِ يَا رَسُولُ الله

سَلَامٌ عَلَيْكُمْ يَـا رُوْحُ اْلمُقَدَّسَةِ اَغِثْنِيْ بِغَوْصَةٍ وَانْظُرُوْنِيْ بِنَظْزَةٍ

يَـا نُقَبَاء ، يَـا نُجَابَاء ، يَـا اَبْدَالْ ، يَـا اَحْيَالْ ، يَـا اَوْتَـادْ ، يَـا عُمُودْ ، يَـا قُطُبْ ،

اَغِثْنِيْ اَغِثْنِيْ اَغِثْنِيْ ، بِرَحْمَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Wa Qul Jā'a Al-Ĥaqqu Wa Zahaqa Al-Bāţilu 'InnaAl-Bāţila Kāna Zahūqāan

Say: Has Emerged The Truth that Sunken All Falsehoods;

Behold! The Falsehood was made to be Sunken!

(Al-Qur’aan: The Ascension, 17: Verse 81)



Falsehoods are owned by someOne's Evil...

The DEvil's Owned

BUT

TruthS are Designed and produced by

the only One.

ONE GOD

Firman ALLAH

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي


WIRID

WIRID

Friday, January 27, 2012

Light Mahogany Red


"Light Mahogany Red"


Mewarna rambut bagi kaum lelaki Islam adalah antara Sunnah yang Nabi s.a.w lakukan dan disuruh pula kita lakukan. Pertamanya untuk membezakan orang-orang Islam dengan orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian) yang ulamak mereka ini telah "mengharamkan" pewarnaan rambut. Kita boleh lihat ramai penganut-penganut Yahudi dan Kristian di zaman sekarang yang tidak patuh kepada "pengharaman" oleh ulamak mereka. Kalau dilihat sabdaan Nabi s.a.w. bahawa "orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan", sememangnya ia benar bagi penganut Yahudi dan Kristian yang kuat berpegang dengan "ulamak haram" mereka. Keduanya untuk menutup tompok-tompok uban yang tak cantik. Ada juga jenis uban yang cantik.

Bagi kaum wanita yang beragama Islam yang tidak mengenakan hijab pula, jika rambut yang diwarnakan itu mampu menguja tarikan berahi kaum lelaki yang bukan muhrim maka jatuh hukumnya "dilarang serta berdosa". Memakai hijab bagi kaum wanita yang beriman itu adalah perintah ALLAH Ta'ala sebagaimana firman-Nya pada QS. Al-Ahzaab, Ayat 59 dan QS. An-Nuur Ayat 31. Tidak berhijab bagi kaum wanita maksudnya telah engkar perintah ALLAH Ta'ala, apatah lagi sengaja menonjolkan ("highlight") lagi dengan warna-warni yang boleh menarik perhatian lelaki bukan muhrim. Tetapi jika untuk menarik perhatian suami dan si suami pula suka rambut isterinya yang diwarnakan maka hukumnya boleh membawa kepada tiga kelas:-
  1. Wajib - jika suami meminta rambut isteri diwarnakan, dan jika dengan sebab tidak diwarnakan boleh menjadikan isteri nusyuz atau boleh merenggangkan hubungan suami-isteri.
  2. Harus - jika dengan diwarnakan akan menutup uban-uban yang mana uban-uban tersebut menampakkan ketuaan yang mengurangkan faktor kecantikan isteri di mata suami.
  3. Sunnah - mengikut perlakuan Nabi s.a.w.


Bagi kaum lelaki yang beragama Islam pula serupalah hukumnya seperti 1-3 di atas dan ditambah satu lagi bonus:-

     4. Dituntut Nabi s.a.w. supaya kita lelaki Islam berbeza dari lelaki-lelaki Yahudi dan Kristian. 
   
Pada zaman sekarang, tiada masalah untuk mendapatkan pewarna yang murni atau thoibbah yang berasaskan tumbuhan di salon-salon rambut. Kos mewarnakan rambut di salon adalah sekitar RM70 - RM300 bergantung kepada panjang-pendeknya rambut dan jenama pencelup yang digunakan.

Ada beberapa Hadith mengenai Sunnah Nabi s.a.w. mewarnakan rambut dengan pencelup berasaskan tumbuhan:       

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan, maka mestilah kita berbeza dari mereka (maka warnakanlah rambut & janggut kalian)."  (Sahih Al-Bukhary Kitab #56, Hadith #668)

Dari Rabia bin Abi Abdur-Rahman: 'Aku  mendengar Anas bin Malik mencirikan Nabi s.a.w dengan berkata, "Beliau seorang yang bertubuh sedang di antara orang kebanyakan, tidak tinggi dan tidak pula rendah; warna (kulitnya) kemerahan, tidaklah sangat putih dan tidaklah sangat coklat; rambutnya tidaklah kerinting betul dan tidaklah sangat lurus. Wahyu diturunkan kepadanya semasa umurnya 40 tahun. Beliau terus tinggal di Mekah selama 10 tahun dalam tempoh menerima wahyu (sehingga umur 50 thn), dan tinggal di Madinah selama 10 tahun lagi (sehingga umur 60 thn). Ketika beliau wafat, ada tidak lebih 20 helai uban putih di rambut dan dan janggutnya." Rabi'a berkata, "Aku melihat beberapa helai rambutnya dan warnanya merah. Apabila aku bertanya mengenainya, aku telah diberitahu bahawa ia menjadi merah kerana telah diwarnakan."  (Sahih Al-Bukhary Kitab #56, Hadith #747)

Dari Anas r.a. : 'Ketika Nabi tiba (di Madinah semasa hijrah), tiada seorang pun sahabat Nabi yang berambut (samada) putih atau pun hitam melainkan Abu Bakar, dan kemudian dia (Abu Bakar) mewarnakan rambutnya dengan Henna' (Inai dari tumbuhan) dan Katam (sejenis pencelup berwarna dari tumbuhan)". Pada suatu riwayat lain pula, Anas bin Malik berkata, "Ketika Nabi tiba di Madinah, sahabatnya yang paling tua ialah Abu Bakar. Beliau telah mewarnakan rambutnya dengan Henna dan Katam sehingga ia menjadi merah gelap". (Sahih Al-Bukhary Kitab #58, Hadith #257)

'Abdullah bin 'Umar r.a. berkata: "Dan mengenai mewarnakan rambut dengan Henna (Inai) ; sungguh aku melihat Rasululullah mewarnakan rambutnya dengannya dan oleh kerana itulah aku suka mewarnakan (rambutku)."  (Sahih Al-Bukhary Kitab #4, Hadith #167)

Anas bin Malik berkata, "Kepala (Sayidina) Al-Husain (yang dipenggal) telah dibawa ke hadapan 'Ubaidullah bin Ziyad dan diletakkan atas talam, kemudian Ibnu Ziyad mula mengkuis-kuis di bahagian hidung dan mulut pada kepala Al-Husain dengan sebatang ranting dan berkata sesuatu tentang parasnya (al-Husaini) yang cirinya kacak lawa." Anas kemudian berkata (kepada Ibnu Ziyad), "Al-Husain lebih menyerupai Nabi lebih dari orang-orang lain." Anas menambah lagi, "Rambutnya (Al-Husain) telah diwarnakan dengan Wasma (sejenis warna pencelup dari tumbuhan)." (Sahih Al-Bukhary Kitab #57, Hadith #91)

Dari 'Uthman bin 'Abdullah bin Mauhab: 'Aku pergi ke rumah Umu Salama dan dia menunjukkan beberapa helai rambut Nabi yang berwarna. Ibn Mauhab juga mengatakan Umu Salama telah menunjukkannya rambut Nabi yang berwarna merah. (Sahih Al-Bukhary Kitab #72, Hadith #785)

Tetapi ramai orang yang mempunyai persepsi bahawa lelaki yang mewarnakan rambut nampak liar atau nakal atau jahat.


"MATA MANUSIA SELALUNYA MENIPU"











1 comments:

roye said...

Consistent with "reverse positioning" understand the REAL Second coming would equate with The Matrix's Anti-Christ, the fake battle of good and evil which will come at the end.
I have spoken on this issue in years past. Understanding how they use the political environment to redefine people's value system, realize anyone who speaks of the old world and its ways will envoke hatred. So when/if the Anti-Christ comes along speaking of reverting back to what liberalism would consider repressed and immoral may be the only hope to salvage the god's favor and keep moving forward rather than begin the 1000 year clock. The fake Second Coming will feed into this political enviornment.
Cheap Flights to nairobi
Flights to nairobi
nairobi Flights