بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan dari sebalik kamarku:
Happy
New Year 2012!
Semoga seluruh ‘alam ruh, ‘alam makhluk dan ‘alam benda ciptaan ALLAHU
Maha Zat Yang Menjadikan; Iblis, Bani Jin, Malaaaaaa’ikat, Bani Aadam, Tujuh
Petala Langit serta hiasannya, Ad-Dukhaan, Bumi, segala jenis haiwan serta segala
spesis tumbuhan...
“Iman,
Aman dan Sejahtera”
Jika aku berkata, “Celakalah
Iblis!”, maka aku mencelakakan Maha Zat Yang Menjadikan!
Jika aku berkata, “Celakalah Nyamuk!”,
maka aku mencelakakan Maha Zat Yang Menjadikan!
Jika aku berkata, “Celakalah
Yahudi!, maka aku mencelakakan Maha Zat Yang Menjadikan!
Sebaiknya aku berkata, “Semoga Laknatan
ALLAH ke atas mereka, zat-zat yang engkar.”, maka Hak ALLAH pulang balik
kepada-Nya. Hak aku sebagai makhluk, hanya menyembah ALLAH dan mentawhidkan
seluruh jiwa pada-Nya.
Yang Terbaik aku berkata, “Semoga
kesemuanya dikembalikan Iman, Aman dan Sejahtera.”
Kerapkali aku amat sedih dan
kasihan kepada-Nya walaupun bukan hak aku untuk bersedih dan kasihan kepada
ALLAH Tuhan Yang Satu-satunya Dia Maha Berkuasa. Tetapi sebenarnya aku sedih dan kasihan pada
zat-zat yang Dia jadikan.
Bani Jin asalnya beriman,
kemudian jadi sesat, kemudian diutus Tujuh Rasul di kalangan Jin bersilih
ganti. Tujuh Rasul Jin pun ikut tersesat. Namun ada sebilangan kecil yang
selamat laju terjun masuk lautan mengkuarantinkan diri mereka dari jin-jin
daratan. Sebab itulah jin daratan dan sihir jin tidak boleh melintas lautan.
Malaaaaaaikat pula diutus ke muka
bumi sebagai Rasul kepada Bani Jin tetapi jin-jin berkata, “Kami dari Api,
kalian dari Cahaya!”
Malaaaaaaikat pula pertikaikan
penciptaan Aadam, tetapi akhirnya tunduk pada Aadam. Itu pun bukan atas
perintah ALLAH tetapi atas pengetahuan yang ALLAH tunjukkan pada Aadam! Tunduk
pada Aadam berkias sujud kepada ALLAH.
Aadam dan Isteri pula beranak-pinak.
Seorang membunuh yang seorang. Yang terbunuh menjadi engkar, yang membunuh pun
engkar tapi sempat bertawbat. Bukan bertawbat kerana sesal sendiri tapi
bertawbat hanya selepas diutuskan burung pemakan bangkai, lalu dikebumikan jenazah.
Anak-keturunan Aadam pula
bercambah lalu menjadi sesat, hanya sebahagian kecil yang selamat.
Nabi Nuh a.s. pula diutus sebagai
Rasul ketika umurnya 50 tahun, hanya sekapal yang selamat. Anak dan isteri juga
ikut sesat.
Lalu diselamatkan sisa Bani Aadam
44 pasang dalam kapal. Jika tiadalah Al-Rahmaan, Al-Rahiim milik ALLAH maka
sudah tentu ditenggelamkan kesemua 44 pasang.
Lalu 44 pasang membiak membentuk pelbagai
kaum, pelbagai lisan, pelbagai bangsa tetapi menjadi sesat kesemuanya melainkan
sedikit yang selamat, walaupun dilanjutkan usia Nabi Nuh hingga 1,000 tahun.
Sembilan Ratus Lima Puluh Tahun sebagai Rasul di muka bumi.
Lalu diutus seorang demi seorang
Nabi dan Rasul bersilih ganti antara setiap generasi ketika kesesatan semakin
menjadi-jadi. Kebanyakan yang sesat dimusnahkan, hanya sedikit yang selamat.
Lalu diutus pula Nabi Ibrahim
a.s., Abah kepada Agama Tawhid iaitu Islam, ketika kebanyakan manusia menyembah
manusia Thagut berkuku besi. Sehingga beliau terpaksa mengalah lalu berhijrah
ke tempat yang baru.
Lalu di utus pula Nabi Ishaq a.s.
dan Nabi Isma’il a.s. serta anak-keturunan An-Anbia’ berpecah pula Islam
menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi dan Penyembah Idola.
Lalu diutus pula Nabi Muhammad
bersama 313 sahabat wali penjaga semasa zaman kesesatan, tetapi kebanyakan
manusia kembali sesat selepas Tiga Generasi.
Kemudian diutus pula awliyaaaaaa-ALLAHU
para penjaga Qalam Al-Qur’aan, namun majoriti manusia masih buta Qalam Tuhan.
Itulah yang membuat aku bersedih dan
kasihan kepada ALLAH zat-zat ciptaan ALLAH, sehinggakan mengingat Asma-asma-Nya
pun sudah cukup berlinang si air mata.
“Salah kami Yaa
ALLAH, Yaa Rahmaan, Yaa Rahiim...
...Maha Suci Engkau
Yang Menciptakan Segala Zat”
Sesungguhnya Iblis
berada di muka bumi...juga anak keturunannya!
10 comments:
Salam,
Tuan, saya bermimpi 5 orang (seingat saya) telah meyembah saya. Dalam mimpi itu saya ditengah mereka mengelilingi saya. Satu lg mimpi, Khidir a.s bersama 2 orang datang memperkenalkan diri.
Apa maksud nya?
Salam..
"Mimpi yang baik adalah salah satu dari cabang wahyu". Demikian itulah sabdaan Nabi s.a.w. (rujuk sahih Al-Bukhary)
Yang baik di sini maksudnya ialah mimpi tersebut samada memberikan kesan implikasi yang baik terhadap orang yg bermimpi..atau pun di dalam mimpi tersebut ada gambaran yang baik misalnya bertemu para Anbia' dan para Auliya' serta tempat-tempat yg baik misalnya langit, pulau, gunung, lautan, bintang dsb.
Mengenai mimpi anda disembah itu boleh dianggap sebagai dihormati..seperti yg dimimpikan oleh pakar tafsir mimpi iaitu Nabi Allah Yousuf yg bermimpi 11 bintang dan matahari sujud kepadanya. Sujud atau sembah bererti anda akan dihormati seperti raja, imam, khalifah, komander dsb.
Dikelilingi maksudnya ada sebagai ketua dan anda ada pengikut yang setia. Lima orang bermaksud lima puak atau pasukan atau kumpulan. Maknanya anda boleh menjadi komander kepada lima kumpulan.
Mengenai bertemu Khaidhr a.s., jika ia menampakkan raut wajah maka itu adalah syaitan atau jin yg menyamar sebagai Khaidhr a.s. Jika tiada raut wajah atau kabur bersinar atau putih cerah tidak menampakkan raut wajah maka itulah Khaidhr a.s kerana raut wajahnya dilindungi Allah Ta'ala seperti juga wajah Nabi Muhammad s.a.w. yg ramai orang nampak tetapi tidak dapat digambarkan semula/tidak ingat. Alamat bagi orang-orang yang bertemu Khaidhr a.s. secara mimpi atau pun secara sedar ialah petanda perlantikan sebagai Wali. Maknanya anda boleh atau telah menjadi seorang Wali.
Pada masa ini, Khaidhr a.s. atau lebih tepat lagi Ruhnya sememangnya bergerak bertiga. Yang seorang ditengah adalah Ruh An-Naas Al-ImammahDi Khalifat Allah, yang seorang disebelah kanannya ialah Ruhullah Nabi 'Isaa a.s dan disebelah kirinya Ruh Khaidhr a.s. Ini adalah petanda yang baik bahawa anda boleh/telah dipilih sebagai salah seorang Mahdiyyin atau Komander Pasukan atau Pemegang Ar-Rayyah (Panji Hitam Jihad).
Walau bagaimanapun demikian itu hanyalah alamat dan boleh jadi iya dan boleh jadi tidak. Iya atau tidaknya bergantunglah kepada anda sendiri untuk menerima atau mencorakkannya. Sudah tentu muktamatnya serah kembali kepada Allahu wa Ta'ala dah sudah tentu Allah saja yang akan menolong dan memberi petunjuk-Nya.
Sekian. Terima kasih kerna bertanya dan Selamat Maju Jaya FisabiliLLAHU Haqqq!
Terima kasih kerana menjelaskan dengan lebar. Semoga ilmu yg dikurniakan ALLAH kepada tuan mendatangkan kebaikan. Melalui penjelasan tuan, saya fikir... saya tidak layak dan... banyak lg saya perlu belajar dan banyak lagi amal yng perlu sy lipat gandakan. Sebenarnya, saya takut rasa takbur, ujub, riak dan seangkatannya menguasai diri jika diteruskan.
Rindu dengan Muhammad RasulALLAH :(
Assalamualaikum,
Tuan yang dihormati, jika tuan tidak keberatan, boleh saya tahu apa maksud
YUHIBBUNAHUM KAHUBAILLAHI WAL LAZINA AAMANU, ASHAD’DU HUBAL’ LILLAH
Ini ayat Al-Quran dari surah atau juz mana?
Terima kasih
-malu-bertanya-sesat-jalan-
Assalamualaikum,
Tuan,
Terlajak cerita pasal mimpi ingin saya mintak pandangan tuan tentang mimpi yang pernah saya alami, itu pun jika tuan tidak keberatan.
Saya pernah bermimpi seorang pemuda yang berambut panjang dan berjanggut tersenyum pada saya sambil menitiskan air mata di dalam sebuah taman yang indah.
Saya rasa saya pernah melihat wajah pemuda itu, tapi ianya adalah Jesus christ yang dipotretkan seluruh nasrani.
Dan seperti mana orang kata, mimpi adalah permainan tidur, tapi saya masih tertanya - tanya mengapa pemuda itu menangis di hadapan saya.
Dan baru - baru ini, saya bermimpi melihat seseorang yang berserban putih dan berjubah putih dengan wajahnya kabur sambil memegang sebuah buku(?) memandang tepat ke arah saya.
AsSalam, Rahmat, Barakah dari ALLAH serta salam hormat dari Ruh saya yang berjasad ini...
buat yang bermimpi tetapi belum bersedia,
"Tiada paksaan dalam Agama"..itu saja yang dapat saya katakan.
buat malu-bertanya-sesat-jalan,
وَمِنَ النَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ اللَّهِ أَندَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِّلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ
"Wamina alnnasi man yattakhithu min dooni Allahi andadan yuhibboonahum kahubbi Allahi waallatheena amanoo ashaddu hubban lillahi walaw yara allatheena thalamoo ith yarawna alAAathaba anna alquwwata lillahi jameeAAan waanna Allaha shadeedu alAAathabi" (Surat Al-Baqarah: Ayat 165)
Dan di kalangan manusia, ada yang mengambil dari sesampingan-sesampingan ALLAH; Kesetaraan Yang Besar-besar yang dicintai mereka seperti mencintai ALLAH, dan orang-orang yang beriman tersangat cintakan ALLAH, dan seandainya dapat orang-orang zalim dapat melihat ketika kami perlihatkan penyiksaan, bahawa segala kekuatan itu milik ALLAH keseluruhannya dan bahawa ALLAH amat keras siksaan-Nya itu.
Pada Ayat di atas, ALLAH menyatakan mengenai perihal persyarikatan/syirik/persekutuan terhadap "sesuatu yang lain" disamping ALLAH dalam hal yang "menyamatarafkan kecintaan" terhadap ALLAH dengan "sesuatu sampingan yang lain" daripada ALLAH.
Perkara syirik bukan sahaja dalam hal meminta pertolongan dari makhluk lain sehingga melupakan/membelakangkan/merendahkan ALLAH malah perkara syirik juga termasuk dalam hal mencintai "sesuatu yang lain" disamping ALLAH sehingga "menyamatarafkan kecintaan" terhadap ALLAH dengan "sesuatu sampingan yang lain" daripada ALLAH. Contoh-contoh bagi "sesuatu yang lain" ialah:
1) Malaikat - misalnya mencintai Jibraa'il menyamai/melebihi daripada kecintaan kepada ALLAH.
2) Jin - misalnya mengadakan persahabatan/perdampingan/pembelaan dengan makhluk jin sehingga mencintaainya setara/melebihi daripada kecintaan kepada ALLAH.
3) Manusia - Misalnya mencintai Nabi, Rasul, Awliya, Ulamak, Isteri/Suami, Anak, Ibu/bapa, Sahabat, Kekasih, Pemerintah, Raja, Pemimpin/Imam dsb. sehingga mensetarai/menyamai/melebihi daripada kecintaan kepada ALLAH.
4) Haiwan - misalnya ketika Nabi Sulaiman a.s. membelai kuda liar yang bernama Saffinatun Ziyad (sejenis kuda putih bersayap yg boleh terbang pantas) dengan penuh kecintaan sehinggakan beliau terlupa akan zikruLLAH (mengingat ALLAH).
5) Harta Dunia - misalnya kecintaan kepada kekayaan duniawi sehingga meletakkan kecintaan itu setanding/setara/menyamai/melebihi daripada mencintai ALLAH.
Oleh yang demikian, kita wajiblah sentiasa mengingat ALLAH, mencintai-Nya serta menyayangi-Nya SENTIASA LEBIH daripada segala makhluk-Nya atau ciptaan-Nya yang Baharu.
Oleh kerana itu, dalam Ilmu-ilmu makrifah Khalifah Manusia, Khalifah Jin dan Khalifah Makhluk perkara yang pertama wajib diingat ialah ALLAH, Tawhidkan ALLAH, ZikruLLAH, BismiLLAH, insyaALLAH, subhanaALLAH, alhamduliLLAH, maasyaALLAH, Tahlil serta tawakalbiLLAH.
InsyaALLAH selamat dari mencintai sesuatu yang lain mensetarai/menyamai/melebihi daripada mencintai ALLAH Rabbiy Rabbukum Rabbul'Alamiin.
Sekian dan terima kasih kerna bertanya...supaya tidak sesat jalan.
p/s: Al-Hikmahnya, kafiat dari ayat ini jika dibaca dan difahami maknanya maka InsyaALLAH boleh digunakan untuk menghindarkan gangguan jin, sihir jin, gangguan manusia-manusia syaitan serta qarin (syaitan teman setia) yang bertakhta di Qalbi.
AsSalam, Rahmat, Barakah dari ALLAH serta salam hormat dari Ruh saya yang berjasad ini...
buat yang bermimpi Jesus Christ...
Jesus Christ (dalam lidah Roman), Yeshua/Yashua (dalam lidah Hebrew), Yishaa (dalam lidah Bani Isra'il) atau 'Isaa (dalam lidah 'Arabiya) maupun Isa (dalam lidah Melayu) merupakan seorang personaliti yang sama. Cuma bezanya sirah/riwayatnya kehidupannya sahaja yang agak berbeza.
Mengenai wajah 'Isaa setakat yang pernah saya nampak memanglah cantik orangnya, berjanggut sejemput, putih merah kulitnya, berambut basah berkerinting kasar panjangnya separas bahu, tinggi lebih kurang 6 kaki, berdada bidang serta tegap badannya dan tidak pula kurus, tidak pula gemuk.
Ekspresi di wajahnya sentiasa bersedih kerana ulamak/imam/pendita Nasrani telah menyesatkan ajaran Islamnya serta Al-Injil KitabuLLAH sehingga menjadi Kristian dan Riwayat Hadith Gospel/New Testament. Itulah sebabnya wajahnya sedih sehingga bergenang air mata.
ALLAHU..jika Dia berkehendak maka jadilah ia. Dan jika Dia hendak memudahkan Al-Masih 'Isaa ibn Maryaam mengatakan "Akulah Jesus Christ atau 'Isaa atau Yeshua atau Yishaa atau Isa, maka ikutlah aku...", maka ALLAH boleh jadikan segala patung-patung, ukiran-ukiran dan potret-potret yang kita lihat di Vatican dan gereja-gereja seluruh dunia menyerupai raut wajahnya yang sebenar. Maka mudahlah orang Kristian mengakui kedatangan Jesus Christ! Jika dijadikan Obama atau Najib Tun Razak sebagai 'Isaa maka tidak akan ada seorang pun yang akan percaya!
Maka seperti demikianlah wajahnya yang saya nampak, seperti yang anda nampak dan seperti yang The Vatican gambarkan.
Mimpi bukanlah permainan tidur atau gangguan syaitan tetapi mimpi adalah salah satu jalan wahyu (sabda Nabi s.a.w) dan dalam Ilmu Ruh, mimpi adalah Perjalanan Ruh yang mana segala Ruh itu di bawah Tadbiran/Kawalan ALLAHU wa Ta'alaa.
Lelaki berjubah putih di dalam mimpi (bukan di dalam nyata/sedar) biasanya ialah Ruhul Muqaddas iaitu Ruh-ruh yang dibersihkan/disucikan iaitu Ruh Mursaliin (para Rasul) dan Awliyaaa'ALLAHU. Wajah yang kabur (dalam sedar atau mimpi) adalah wajah Al-Anbiyaa' (para Nabi) dan Al-Khaidhir (Orang Hijau) melainkan wajah Nabi 'Isaa saja yang tidak dikaburkan ALLAHU.
Buku yang dipegang ialah Al-Kitab (buku) dan Al-Kitab adalah Ilmu yang mengandungi Al-Hikmah.
Memandang tepat ke arah anda maksudnya mengajak ikut bersamanya samada berdakwah atau berjihad fisabiliLLAHU.
Demikianlah tafsir mimpi dan terima kasih kerna bertanya.
Malaaaaaaikat pula diutus ke muka bumi sebagai Rasul kepada Bani Jin tetapi jin-jin berkata, “Kami dari Api, kalian dari Cahaya!”
Malaaaaaaikat pula pertikaikan penciptaan Aadam, tetapi akhirnya tunduk pada Aadam. Itu pun bukan atas perintah ALLAH tetapi atas pengetahuan yang ALLAH tunjukkan pada Aadam! Tunduk pada Aadam berkias sujud kepada ALLAH.
-----------------------------------
Ya Allah... aku berlindung adri sifat sombong & dendam. Sesungguhnya jagnlah Engkau jadikan aku dikalangan orang-orang yg aniaya terhadap diriku sendiri.
Ya Allah. Aku beriman ke atas Rasulullah Muhammad SAW... "Innama bu'isthu li utammim-al-akhlaq..."
Semoga hilang sifat mazmumah... datang sifat mahmudah dlm diriku bermula pada malam /pagi yg penuh barakah ini.... AMEEEEEEEN..!
Thank You, Allah!
Baguslah kalo dapat Petunjuk in Just One Nite, bukan susah Allah hendak turun Nur Petunjuk in Just One Nite. Kun kata Dia...Fayakun kata Jibra'il maka turunlah Al-Huday dalam hati besar The Another One, semoga dapat Petunjuk,,aaamiin.
Bergetar-getarlah setiap elektron dalam setiap petala atom dalam setiap sel dalam setiap tisu dalam setiap organ dalam Satu Jasad dengan kalimat; LAA ILAAHA 'ILLA ALLAH yang berterusan!
Consistent with "reverse positioning" understand the REAL Second coming would equate with The Matrix's Anti-Christ, the fake battle of good and evil which will come at the end.
I have spoken on this issue in years past. Understanding how they use the political environment to redefine people's value system, realize anyone who speaks of the old world and its ways will envoke hatred. So when/if the Anti-Christ comes along speaking of reverting back to what liberalism would consider repressed and immoral may be the only hope to salvage the god's favor and keep moving forward rather than begin the 1000 year clock. The fake Second Coming will feed into this political enviornment.
Cheap Flights to Entebbe Flights to Entebbe
Entebbe Flights
Post a Comment