يَـا قَدِيْمٌ يَـا دَائِمٌ يَـا أَحَدٌ يَـا وَاحِدٌ يَـا صَمَدٌ يَـا قَدِيرٌ يَـا قَوِيٌّ يَـا عَزِيزٌ يَـا غَنِيٌّ يَـا كَرِيمٌ يَـا حَفِيظٌ يَـا شَهِيدٌ يَـا غَفُورٌ

يَـا يُبْدِئُ وَيُعِيدْ، يَـا ذَا الْقُوَّةِ الْمَتِينْ، يَـا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامْ، يَـا فَعَّالٌ لِّمَا يُرِيدْ، يَـا عَلَّامُ الْغُيُوبْ،

يَـا أَرْحَمُ الرَّاحِمِينْ، يَـا أَحْكَمُ الْحَاكِمِينْ، يَـا خَيْرُ الْوَارِثِينْ، يَـا خَيْرُ الْمُنزِلِينْ، يَـا خَيْرُ الرَّاحِمِينْ،

يَـا خَيْرُ الرَّازِقِينْ، يَـا خَيْرُ الْفَاتِحِينْ، يَـا خَيْرُ الْغَافِرِينْ

فَعْلَمْ نَهُ

لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا اللَّهُ

وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ


وَاَنَّ مُحَمَّدٌ اعَبْدُه وَرَسُولُهْ

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ قَدْطَ قَدْهِلَتِيْ اَدْرِكْنيِ يَا رَسُولُ الله

سَلَامٌ عَلَيْكُمْ يَـا رُوْحُ اْلمُقَدَّسَةِ اَغِثْنِيْ بِغَوْصَةٍ وَانْظُرُوْنِيْ بِنَظْزَةٍ

يَـا نُقَبَاء ، يَـا نُجَابَاء ، يَـا اَبْدَالْ ، يَـا اَحْيَالْ ، يَـا اَوْتَـادْ ، يَـا عُمُودْ ، يَـا قُطُبْ ،

اَغِثْنِيْ اَغِثْنِيْ اَغِثْنِيْ ، بِرَحْمَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ


وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Wa Qul Jā'a Al-Ĥaqqu Wa Zahaqa Al-Bāţilu 'InnaAl-Bāţila Kāna Zahūqāan

Say: Has Emerged The Truth that Sunken All Falsehoods;

Behold! The Falsehood was made to be Sunken!

(Al-Qur’aan: The Ascension, 17: Verse 81)



Falsehoods are owned by someOne's Evil...

The DEvil's Owned

BUT

TruthS are Designed and produced by

the only One.

ONE GOD

Firman ALLAH

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي وَادْخُلِي جَنَّتِي


WIRID

WIRID

Monday, December 19, 2011

"IM"


“IM”

Mukadimah
Hari ini ialah hari yang indah di Tanah Besar Cina. Seawal jam 5.00 pagi, ALLAH telah bangunkan aku dari tempat tidur. Terngiang-ngiangkan dalam kepala otak aku sebuah lagu dari band U2, “Beautiful Day”. Teringat pula kata-kata Chicken Little, “Today is a new day”.
Seawal jam 8.00 pagi aku telah sampai di puncak gunung. Kebiasaannya di permulaan kerja, aku akan meninjau tapak-tapak muka kuari yang telah diletupkan semalam dan bakal diletupkan hari ini, memastikan tapak-tapak yang selamat untuk dihampiri dan memberikan arahan-arahan kepada penyelia-penyelia untuk menetapkan jumlah operator jentera berat yang perlu untuk operasi. Di sini ada sebanyak 30 buah jentera berat yang cukup untuk mengeluarkan 30,000 tan batu sehari. Ini adalah karierku, membelah gunung mengekstrak batuan mentah untuk penghasilan simen. Tanpa simen maka tiadalah teknologi konkrit dan tanpa teknologi konkrit tiadalah bangunan kukuh untuk manusia diami.
IM? Aku teringat dia apabila seseorang memberi komen mengenai 2X Gerhana Sebulan. Memang itulah tanda-tanda awal kebangkitan IM. Aku tidak tahu siapa dia IM atau bilakah dia akan bangkit memimpin Muslimin Sedunia. Aku tidak nampak dia pada malam 8 Januari 2010. Cuma aku nampak ‘Isaa duduk di sebelah kananku dan Khidhr duduk di sebelah kiriku. Banyak pengetahuan yang aku dapat pada malam itu, satu malam rasa bagai seminggu dan keesokannya aku terlantar di wad jiwa akibat kedatangan isim. Selepas 3 malam di wad, aku disahkan “Bipolar Disorder” oleh 3 orang pakar jiwa lalu dibenar balik ke rumah. Adalah sekitar 2% penghidap penyakit ni di kalangan 10 billion penduduk dunia. Tapi aku rasakan penyakit ini suatu rahmat dari Tuhan ke atas diriku.
Tapi sepanjang hari ini aku senang sebab petang semalam aku telah buat perancangan dan susunan kerja untuk hari ini..tiba-tiba gatal pula jari jemari untuk menulis sedikit di blog.

The Awaited One
Teramat sedikit muslimin seluruh dunia yang sedar Agama Islam sedang ditekan-tekan oleh Sistem Al-Masihu Ad-Dajjal dan mereka menantikan IM muncul membawa Kepimpinan Dunia Akhir Zaman (World’s-End Leadership). Peperangan Kebenaran (Al-Haqqu) melawan Kepalsuan (Al-Bathilu). Ku sebut sini “Kebenaran” kerana ia datang dari ALLAHU dan ku sebut “Kepalsuan” kerana ia datang dari syaitan-syaitan dalam hati manusia yang memalsukan Kitab-kitab ALLAH Yang Jelas. Bercerita mengenai IM ni secara terbuka di blog Longtambang agak sensitive bagiku sebab IM mungkin terbaca apa yang aku tulis dan jika aku tulis perkara yang tidak benar mengenainya, pasti IM akan benci padaku. Ku sebut “Kepalsuan” di sini sebab Agama ALLAHU yang Asal semenjak Adam cumalah Satu..One Faith iaitu Islam iaitu Tawhid,  tetapi akhirnya dipalsukan menjadi pelbagai kepercayaan sehinggakan dalam Islam sendiri ada 73 golongan. Dalam Nasrani sendiri ada 73 golongan dan dalam Yahudi sendiri juga ada 73 golongan. Hanya satu…yang selamat dari setiap satu. Sebanyak 72 x 3 golongan kesemuanya “Palsu” (Al-Bathilu).

Al-Mahdi, Al-Qaim
Jadi tugasnya ialah membawa “petunjuk” (Al-Hudayya) “yang ditunjuki” (Al-Mahdi) ALLAHU kepada “seluruh umat manusia” (An-Naas) dan menjadi “pemimpin” (Al-Imam) yang menenggelamkan Kepalsuan dengan Kebenaran…sebelum tiba harus jadinya A-Qiyamah. Dan IM juga Al-Qaim (Yang Bangkit) bermaksud “bangkit semula” bermakna Ruh (Nabi) Muhammad (Nur Muhammad) yang dibangkitkan semula dalam jasad yang baharu.

Permulaan Yang Asing
Agama Islam ialah Agama Wahyu yang turunnya dari ALLAH Ta’ala melalui Para Nabi (Al-Anbiya) dan Para Utusan Pesuruh (Rasul) yang diutus dengan suruhan (Arsal) untuk membawa dan menyampaikan Kalam ALLAHU serta isi-isi Kitab Wahyu. Asalnya Adam beragama Islam sehingga ia dipalsukan oleh anak keturunan Bani Adam sendiri lalu kemudian diutus pula Para Rasul susulan seperti Nuh, Hud, Saleh, Ya’kub, Ibraahim dan seterusnya sehinggalah Penutup Segala Nabi iaitu Muhammad. Jadi pada setiap kali sepeninggalan Rasul terdahulu maka berlakulah Pemalsuan demi Pemalsuan terhadap Agama Islam Yang Asal (Qodim). Pada sela tempoh tiada ber-Utusan ini, umat kembali kepada kegelapan (kesesatan) oleh kerana Pemalsuan (Al-Bathilu) terhadap Agama Islam Yang Asal. Khabar berita dari Al-Qur’an menyatakan bahawa setiap kali Rasul diutus maka akan berlakulah permusuhan umat yang tidak percayakan kedatangan Rasul (rujuk isi Surat Yaasiiiiiin). Setiap Rasul yang diutus semasa tempoh kegelapan akan dipandang masyarakat sebagai pelik, gila, penyesat ajaran tok nenek, pensyair, pensihir serta “Asing”. Dikatakan “Asing” di sini kerana masyarakat atau umat memandang Utusan Tuhan tersebut sebagai membawa Ajaran Asing yang cuba memperbaharui ajaran “Tok Nenek Berzaman”. Dikatakan demikian kerana Pemalsuan terhadap Agama Islam Yang Asal kepada ajaran “Tok Nenek Berzaman” sudah tentulah dilakukan di bawah pimpinan (imamah) para Imam serta ‘Ulamak Su’u (jahat) yang memalsukan Tawhid, Hukum serta Syari’ah sejak berzaman sepanjang ketiadaan Rasul. Dan apabila datangnya seseorang Rasul maka dia akan dituduh “Pembaharu Ajaran” (Pembid’ah Agama) yang amat asing kepada ajaran Tok Nenek Berzaman. Maka jika IM muncul maka dia akan membawa Al-Qur’an, Injil dan Tawrat di atas kepalanya dan menyampaikan semula (memperbaharui) Agama Islam Yang Asal.
Sewaktu Nabi Muhammad diutus sebagai Rasul, beliau juga dianggap pelik, gila, penyesat ajaran tok nenek, pensyair, pensihir serta “Asing” oleh kaum kafir musyrik yang mengikut ajaran “Tok Nenek Berzaman”. Cabaran di sewaktu itu amatlah besar iaitu untuk menyatukan seluruh bangsa Arab yang sedang kegelapan di bawah pembaharuan semula Satu Agama Tawhid iaitu Islam Yang Qodim. Setelah itu baharulah menyatukan bangsa-bangsa lain pula. IM pula akan menghadapi tugas yang teramat berat iaitu Pemimpin bagi Seluruh Umat Manusia (An-Naas Al-Imamah) yang berjumlah 10 billion sekarang dari pelbagai bangsa dan ajaran agama. Tidak hairankah kenapa Nabi sabdakan 3x “aku ingin berperang lalu mati lalu dibangkitkan semula berperang lalu mati lalu dibangkitkan semula berperang lalu mati lalu dibangkitkan semula..” kerana Nabi Ibraahim berperang dengan Thagut lalu wafat lalu dibangkitkan semula Nabi Muhammad berperang dengan Kafir Musyrik lalu wafat lalu dibangkitkan semula IM berperang dengan Sistem Al-Masihu Dajjal (New World Order) lalu wafat lalu dibangkitkan semula di Akhirat.
Maka IM ialah Pembaharu (Revival) Ajaran Islam Yang Qadim dan beliau adalah seorang yang berma’arifatuLLAH (berpengetahuan mengenai ALLAH) yang dipandang sesat-sesesat-sesatnya oleh 1.7 billion umat Islam ajmain tetapi beliau terpaksa mengaku Utusan Pesuruh Tuhan (Rasul) yang membetulkan Tawhid dan Syariah umat Islam buat kali terakhir sebelum datangnya Al-Qiyamah.

Tanda-tanda Kemunculan
Tanda-tanda yang menunjukkan kedatangan IM telah jelas serta lengkap dan boleh dirujuki berpandu Al-Hadith.                 

Kebangkitan Semula (Resurrection) dan Kelahiran Semula (Reincarnation) 
Kita sedang hidup dalam Dunia Selari (Parallel World) di mana ruh-ruh dari jasad-jasad yang telah mati masih bebas semasa menunggu Kebangkitan Semula di Akhirat. Tetapi sementara itu ruh-ruh boleh dibangkitkan semula atau dilahirkan semula dalam jasad orang dewasa atau bayi baru lahir dan berlakunya tidak mustahil dengan kehendak ALLAH Yang Maha Tahu yang di belakang, yang sekarang dan yang ke depan. Jika ALLAH suka dan berkehendak membangkitkan semula Nur Muhammad dalam jasad sesiapa pun maka itu adalah hak ALLAHU Satu-satunya Tuhan. Dan ALLAHU tidak bersifat mustahil mau pun wajib bahkan segalanya adalah harus bagi-Nya.

Maksud dari firman Tuhan,
QS 5:54. Hai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.

QS 2:73. Lalu Kami berfirman: "Pukullah mayit itu dengan sebahagian anggota sapi betina itu!" Demikianlah Allah menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan padamu tanda-tanda kekuasaan-Nya agar kamu mengerti

QS 2:259. Atau apakah (kamu tidak memperhatikan) orang yang melalui suatu negeri yang telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari". Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berobah; dan lihatlah kepada keledai kamu (yang telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami  membalutnya dengan daging". Maka tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati) dia pun berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu".

QS 2:154. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.

Maka ruh siapakah yang berada dalam jasad anda? Anda Nur (Nabi) Muhammad berada dalam jasad anda maka andalah IM.

Saat Kemunculan IM
1.       Apabila akan berlaku Al-Qiyamah esok hari, IM muncul di hari ini dan Al-Qiyamah ditangguhkan beberapa tahun ke masa hadapan.
2.       Apabila hal ehwal pentadbiran Agama Islam di tadbir oleh orang-orang yang jahil dalam Tawhid dan Syariat.
3.       Apabila bilangan ulamak su’u teramat ramai mengatasi segelintir ‘alim ulamak.
4.       Apabila Al-Qur’an dibaca sekadar di luar kerongkong (sedap pada sebutan) tetapi tidak masuk ke hati (tidak difahami).
5.       Apabila Al-Hadith dihafal tetapi tidak dihayati.
6.       Apabila Al-Hadith disalahfaham lalu diletak sebagai rujukan yang lebih tinggi berbanding Al-Qur’an.
7.       Apabila penindasan terhadap umat Islam berleluasa di seluruh dunia.
8.       Apabila Thagut berkuku besi diberi kuasa memerintah dunia.
9.       Apabila pemerintah dunia dari kalangan orang-orang yang jahil dalam Agama Islam.
10.   Apabila Sistem Fitnah Al-Masihu Dajjal berleluasa mengambil alih Sistem Kehidupan Islam, Sistem Pemerintahan Islam dan Sistem Penyebaran Ilmu.
11.   Apabila kemungkaran (kekafiran) berleluasa di atas muka bumi.
12.   Apabila tiada lagi Keadilan di atas muka bumi.
13.   Apabila Agama Islam dihina dan ditertawakan.
14.   Apabila kesibukan duniawi mengatasi ingatan terhadap akhirat.
15.   Apabila hukum akal manusia mengatasi Hukum Al-Qur’an.
16.   Apabila Kepalsuan sering mencabar Kebenaran.
17.   Apabila tanda-tanda hampir Qiyamat telah semakin lengkap.   
   
Ok...aku nak kena pergi sambung kerja meletup gunung, bila senang aku sambung lagi.
IT’S A BEAUTIFUL DAY INDEED!





        
  

10 comments:

AbdElHmyd said...

Salam.

Salamat kembali menyampaikan.

.

Anonymous said...

Salam
Terima Kasih kepada Allah kerana membenarkan tuan menyambung penulisan

Anonymous said...

MasyaALLAH!

Muhammad Amir said...

Subhanallah Tabarakallah

t312-6307 said...

salam99,

Alhamdullilah...pintu pintu ilmu terbuka kembali..

Mahmadun 'Abd ALLAH said...

Salam kembali.

"SUBHANA-ALLAHA wa ALHAMDU-LILLAHI wa LAA-ILAAHA ILLA-ALLAHU; HUWA-ALLAHU-AKBAR!"

"...wa LILLAHI-ILHAMD."

Anonymous said...

Jauh merantau bang....



Azizi

Anonymous said...

"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri cina".

wan said...

alhamduillah. bersua kembali ye pokcik

Mahmadun 'Abd ALLAH said...

maasya ALLAH....hidup lagi kamu ye Wan. Tadi mimpi pope benedict laknatuLLAH tu kena tikam di pagi Christmas :-D