ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.

KLIK SEPANDUK DI BAWAH UNTUK KE SITUS MOUNT HIRA :

Mount Hira Learn Ayat Al-Kursi

Sunday, August 9, 2009

Kisah Bidaah: H1N1 Bhg. 2


KISAH BIDAAH: H1N1 Bhg. 2


Tubuh Badan dan Jiwa yang Tercemar.

Penentuan Halal-Haram mengenai sesuatu bahan yang mahu diambil ke dalam tubuh seseorang Islam kini boleh dibuat melalui kaedah bio-molekular dan DNA. Kaedah Polimeran Tindakbalas Rantaian (PCR) telah dimajukan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Kaedah ini dimajukan oleh beberapa saintis biomolekular dan pakar genetik yang beragama Islam, hasil dari kesedaran bahawa umat Islam di ketika ini selalu terpedaya dengan bahan makanan dan ubatan yang mengandungi terbitan (derivatif) dari babi. Bahan-bahan sebegini adalah haram untuk umat Islam melainkan dalam keadaan "terpaksa" iaitu "antara hidup dan mati". Firman Tuhan yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (QS. al-Baqarah 2:173).

Semenjak saya lahir sehinggalah saya berumur 38 tahun, saya memegang kepada pesanan arwah ayah bahawa "babi itu haram dimakan, samaklah jika tersentuh.". Sudah tentu saya mengikut pesanannya seperti juga ajaran Nabi, ajaran ulamak dan perintah Tuhan di dalam al-Quran. Dua tahun kebelakangan ini saya mula sedar bahawa teramat banyak bahan derivatif babi yang hadir di dalam makanan dan ubatan yang saya ambil setiap hari.

Bermula dari bahan sabun mandi dan ubat gigi di pagi subuh, sarapan pagi, makan tengahari, snek, coklat, ubat, minum petang, makan malam sehinggalah ke sabun mandi, syampu, kondisioner, pencuci muka, dan ubat gigi sebelum tidur; saya sentiasa berhadapan dengan pencemaran derivatif babi.

Terlalu banyak sehinggakan saya bertanya, "adakah umat Islam selama ini telah dianiayai pihak tertentu secara sengaja?" dan "apakah ianya bermotif untuk merosakkan kesucian hati, darah dan daging umat Islam dengan menjamu kita dengan benda-benda haram?" serta "adakah umat Islam tiada pilihan lain dan boleh mati jika tidak menggunakan produk-produk haram sebegini?".

Saya mengambil kesempatan ini untuk memberi pujian tidak terhingga dan syabas kepada para penyelidik UIA yang telah berjaya memajukan suatu teknik yang cepat, ringkas, murah dan tepat untuk mengesan pencemaran derivatif babi dalam bahan-bahan kegunaan harian umat Islam. Sesuatu yang menarik mengenai sains ialah, "setiap derivatif babi membawa ciri DNA babi dan hanya kaedah sains DNA yang boleh mengesan malah memberikan peratusan tepat kandungan sesuatu derivatif babi dalam bahan yang diambil manusia".

Secara logiknya, berjuta-juta tan metrik daging babi dimakan manusia (bukan Islam) diseluruh dunia setiap hari. Adakah tulang, lemak, kulit, hati, limpa, jantung, usus dan lain-lain organ babi akan dibuang sedangkan ianya boleh diproses dan dikomersilkan? Setahu saya orang kafir di Eropah hanya makan daging babi sahaja. Tidak seperti kita umat Islam yang memakan semua bahagian lembu sampailah ke otak, ekor dan 'gearbox'. Tidak salah jika saya katakan bahawa nilai komersil sebenar seekor babi bukan terletak pada dagingnya!

Setiap seorang umat Islam yang berilmukan sains, akidah dan fekah serta faham mengenai perspektif mikro, nano dan biomolekul (seperti para penyelidik UIA di atas) wajar mengingatkan mereka yang mungkin terlepas pandang. Maka bertanyalah kepada saudara seagama yang berilmu. Saya tidaklah begitu berilmu dan tidaklah begitu jahil mengenai ilmu-ilmu sebegini tetapi akan cuba sedaya termampu. Ramai rakan-rakan saya yang lebih banyak berilmu dan mengkaji juga boleh menolong. Salah seorang rakan saya (ahli ilmu fizik, sama-sama belajar di universiti) yang mengendalikan blog "Bekam dan Perawatan Holistik" (lihat bloglist saya) amat pakar mengenai bahan-bahan haram sebegini. Boleh meminta panduan percuma darinya tetapi perlulah saya beritahu bahawa beliau juga akan mempromosikan produk halal HPA. Kesedaran adalah keutamaan baginya, perniagaannya hal kedua.


Antiviral H1N1

Semuanya disyaki berasaskan babi. Logiknya ialah, "jika babi merupakan perumah sementara virus H1N1 dan babi dapat bertahan (mangli) terhadap serangan virus H1N1, sudah tentu penawarnya ada pada babi TETAPI manusia bukannya babi!". Asingkan serbuk sampel "ubat" dari antiviral atau vaksin tersebut dari kapsulnya dan masukkan serbuknya kedalam satu peket plastik yang bersih manakala kapsulnya (yang kosong) di dalam peket plastik yang lain. Labelkan peket plastik sampel serbuknya sebagai "zai" manakala sampel kapsulnya dilabel sebagai "di". Hantar kedua-dua sampel ke makmal biomolekul UIA untuk mengesan "kehadiran derivatif babi dan peratusannya" secara DNA. Caj ujian sesampel untuk mengesan kehadiran derivatif babi ialah sekitar RM3.00 (mungkin lebih untuk penentuan peratusan). Jangan beritahu asal-usul atau nama "ubat" untuk mengelak pengaruh persepsi penganalisa boleh mempengaruhi keputusan ujian. Sekiranya keputusan ujian salah satu sampel tersebut menunjukkan "negatif DNA babi" (bermaksud suci dan halal), paparkan laporan analisa tersebut di blog masing-masing (akan bukti kesuciannya) dan komen di blog saya bahawa "zaidi pembidaah besar". Sekiranya betul "positif DNA babi", jangan disebarkan di internet kerana mungkin anda akan di tahan di bawah ISA!


Teori Bidaah Berkenaan Bahan DNA Babi di Dalam Tubuh

Darah, daging dan hati manusia dijadikan Tuhan suci semasa lahir. Sesuatu bahan yang kotor, najis, bakteria, virus atau bahan haram akan ditolak oleh sistem pertahanan tubuh (bukan secara semulajadi, tetapi dijadikan Tuhan). Logiknya ialah setiap bayi yang baru lahir bersama darah nifas yang berbakteria tidak dihinggapi penyakit. Demam kuning itu perkara biasa. Makanan yang diambil oleh seseorang ibu mengandung yang beragama Islam juga mesti suci dari bahan-bahan haram (babi, arak dan dadah merbahaya) dan suci dari rezeki yang haram (pendapatan riba, rasuah, penyelewengan dan penindasan) supaya anak yang bakal lahir sihat dari penyakit dan kecacatan serta sihat dari segi mental. Sekiranya segala langkah berkenaan telah diambil tetapi bayi dilahirkan sakit atau cacat, itu ujian Tuhan. Sekiranya tubuh ibu mengandung 'kotor' dan anak yang dilahir sakit atau cacat, itu peringatan dari Tuhan. Sekiranya bayi gugur dalam masa mengandung 4 bulan (belum ditiup masuk roh), itu adalah bukti kekuasaan Tuhan bahawa sekiranya anak tersebut dibiar Nya lahir maka mesti ada kecacatan fizikal atau mental. Ada hikmah disebalik keguguran, maka bersyukurlah terhadap sebarang ujian Allah SWT.

Bayi tersebut pun membesar sehingga berumur 24 tahun dan diizinkan Tuhan untuk menerima ijazah. Lelaki tersebut telah diibekalkan dengan ajaran yang baik dari kedua ibubapanya sepanjang tumbesarannya. Setelah bekerja dan berdikari lelaki tersebut semakin lupa ajaran-ajaran kedua ibubapanya. Lelaki tersebut seorang yang zalim terhadap dirinya. Semenjak berumur 24 tahun sehinggalah berumur 38 tahun (selama 14 tahun) beliau telah terlupa untuk menggunakan segala ilmu sains yang dipelajarinya dan ajaran-ajaran ibubapanya untuk memastikan segala apa yang dimakannya suci dan halal. Sepanjang 14 tahun banyaklah genetik-genetik babi yang terkumpul menjadi darah dan daging akibat penipuan beragenda pihak tertentu untuk mengotorkan keseluruhan umat Islam. Darah, daging dan hatinya telah dicemari bahan haram tanpa sedar kerana beliau malas menggunakan ilmu pengetahuannya untuk mengkaji dan berfikir.

Sehinggalah pada 27 Februari tahun 2006, beliau telah dibedah sepanjang 4 inci di perut di bahagian pangkal hati untuk mengeluarkan pundi hempedu yang telah tercemar oleh garam-garam organik (berupa kristal hitam) yang terkumpul. Semasa sedang dibedah (koma sepenuhnya) beliau telah mendapat 2 jenis mimpi ngeri. Bahawa akan datang sejenis virus "genocide" yang akan membunuh sebahagian besar manusia yang tercemar oleh genetik babi. Selepas itu akan berlaku pula peperangan nuklear dan air lautan yang masin akan menyelamatkan manusia dari sinaran radioaktif.

Mungkin juga lelaki tersebut dibenarkan Tuhan untuk "terus hidup selepas mati" supaya mengingatkan sesiapa yang sudi mendengar. Sejak dari hari itu lelaki itu akan sentiasa membaca label kandungan di setiap pek makanan yang hendak dibeli. Beliau sudah mula hilang keyakinan akan status halal yang dicetak pada label apabila sebahagian besar bahan yang diketahuinya haram telah dilabelkan halal. Beliau semakin percaya bahawa "rezeki yang berpunca dari pendapatan riba, rasuah, penyelewengan, penindasan dan pekerjaan haram akan semakin menjauhkan diri seseorang Islam dari Tuhannya" begitu juga "darah, daging dan hati orang Islam yang tercemar oleh DNA babi akan semakin menjauhkan mereka dari Tuhan dan DNA babi yang hadir ini akan menarik virus tersebut untuk berumah, bereplikasi dan bermutasi di dalam tubuh yang tidak suci".


Teori Bidaah Mengenai Mutasi dan Replikasi Virus

Baru sekejap tadi saya terbaca di sini : http://birdflu666.wordpress.com/2009/08/08/french-professor-says-spending-so-much-money-on-swine-flu-vaccines-is-indecent-when-200000-children-die-each-week-from-sicknesses-tha-could-have-been-prevented/

Kenyataan dari Professor Marc Gentilini, seorang pakar dalam bidang penyakit berjangkit dan ahli dalam Akademi Perubatan Kebangsaan Perancis yang berbunyi,
"...nothing is known about the effectiveness of the “swine flu” vaccine or about its future possible undesirable side-effects. The “swine flu” virus, however, is harmless, and even if does mutates and become harmful, he notes the vaccine will become ineffective."

Saya berani berkata:

90% dari para doktor dan ahli farmasi yang diasuh oleh kapitalis pengilang ubat akan berkata kenyataan ini, "dusta".
90% dari ahli politik juga akan berkata, "dusta".
90% dari ahli bio-molekular dan pakar genetik akan berkata, "dusta".
90% dari orang selain dari golongan di atas akan berkata, "dusta".
(Ertinya, 90% penduduk dunia akan berkata, "dusta")
Hanya 5% manusia di mukabumi akan berkata "mungkin benar tetapi perlu dibuktikan".
Baki 5% lagi manusia di mukabumi akan berkata, "benar sebenar-benarnya kerana kami tahu".

Pendapat bidaah saya ialah, "benar" kerana:-

  • Sistem pertahanan tubuh manusia yang suci dari sebarang unsur berasaskan babi, tidak akan kenal dan tidak akan membenarkan virus yang menjangkiti babi ini memasuki sistem tubuh manusia. Virus ini tidak mendatangkan bahaya (harmless).
  • Sekiranya virus ini terlepas masuk ke dalam tubuh, ianya disebabkan dalam tubuh manusia tersebut mengandungi sedikit sebanyak unsur babi.
  • Sekiranya sedikit unsur babi, virus ini tidak akan bereplikasi (tidak membiak) dan akan keluar dari tubuh setelah beberapa ketika kerana perumahnya tidak sesuai (tidak begitu dikenali). Sekiranya banyak unsur babi, virus ini akan terus hidup di dalam tubuh manusia dan bereplikasi dengan banyak tetapi masih tidak membahayakan. Virus ini berasa seperti ia berumah di dalam tubuh babi dan hanya menyebabkan selsema biasa.
  • Apabila manusia yang belum dijangkiti virus sengaja mengambil antiviral, virus akan menyerang kerana sifat antiviral dan virus ialah saling cinta-mencintai seperti cas +ve dan cas -ve. Seperti magnet kutub utara dan kutub selatan. Secara biokimia kecintaan ini disebut bersifat nukleofilik dan elektrofilik. Seperti disebut dalam entri sebelum ini mengenai model "mangga dan anak kunci". Para doktor yang beretika juga tidak akan sewenang-wenangnya memberi antiviral kepada mereka yang belum menunjukkan simptom serius.

Bidaah saya yang paling kontroversi dan penipu besar ialah berupa pertanyaan kepada para doktor sekalian......

Apabila manusia yang telah dijangkiti virus hendak diberi antiviral, para doktor perubatan sepatutnya menjawab dengan jujur:

  • Tahukah dengan terperinci setiap satu kandungan bahan aktif dan bahan genetik yang dibekalkan pengilang dalam setiap antiviral?
  • Fahamkah secara terperinci apa akibatnya mutasi virus yang disebabkan oleh tindakan antiviral secara biomolekular?
  • Tahukah apa kesannya medium berasid yang terjadi akibat tindakbalas biomolekular antara virus dengan antiviral terhadap kadar replikasi virus?
  • Fahamkah secara terperinci sifat-sifat sesuatu virus yang tidak dapat diramalkan?
  • Apakah semua kematian akibat H1N1 setakat ini berlaku sebelum mangsa diberi antiviral?
  • Apakah anda sanggup mempertaruhkan kerjaya dan profesionalisme anda dengan jaminan bahawa penerima antiviral akan pulih sepenuhnya?

Sekiranya kesemua jawapan adalah "Ya dan Pasti" maka antiviral perlu diberikan kepada pesakit yang telah dijangkiti.

Sekiranya kesemua jawapan adalah "Tidak atau Tidak Pasti" maka buatlah penyelidikan sebelum membuat keputusan.

Ini semua merupakan teori dan pendapat bidaah dari saya dan ianya tidak perlu dipedulikan.

9 comments:

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Kalau kita dapat menyelesaikan semua hal yang berkaitan dengan fardu kifayah barulah selesai semua masalah yang menghantui kita sekarang ini.
Mungkin cara fikir kita tidak begitu tepat dengan kehendak Islam sebab itu agaknya susunatur hidup kita tidak sempurna. Islam dilihat sebagai agama yang bergerak disekitar masjid,kematian, nikah kahwin, khenduri kendara sahaja.
Islam sepatutnya dilihat sebagai cara hidup yang menyeluruh.

zaidi ali said...

Salam Leenoh.

Tepat sekali Leenoh. Kalau kita jadi pendidik, pastikan jadi pendidik dengan sepenuh jiwa raga.

Kalau kita jadi orang Islam, pastikan 100% berpandukan al-Quran dan hadis.

Hanya keimanan total yang akan menyelamatkan kita umat Islam.

Noure Asewarda said...

err.. blh tanya kahh saudara.. sy ni bahagian engineering, so sy xberape tau sgt psl bio ni.. jd, sy anggap diri sy ni agak bodoh la sbb xtaw psl mende2 ni.. blh x saudara bg cth antara bahan kandungan yg mengandungi sisa babi ni? supaya sy dpt berhati2 next time.. terima kasih

zaidi ali said...

Saya tak boleh nak sebutkan jenama produk. Cuma secara umumnya:


1) kebanyakan ubat-ubatan, antibiotik dan vaksin mengandungi bahas asas babi. Doktor biasanya tak tahu mengenai komponen ubat. Ahli farmasi 'wajib' tahu. Saya nasihatkan ambil perskripsi ubat dari doktor dan beli sendiri ubat di farmasi. Minta dari ahli farmasi ubat yang "free from porcine derivative". Porcine adalah nama saintifik bagi babi. Ahli farmasi akan cadangkan ubat yang setara dengan perskripsi doktor tetapi bebas porcine. Pengguna sentiasa ada hak untuk memilih! Cara sebegini juga akan mengurangkan kos berganda dari doktor. Sebenarnya doktor tiada hak untuk menentukan jenis ubat. Cara ini biasa diamalkan di Eropah & US.

Kebanyakan bahan tablet ubat mengandungai "magnesium stearate" iaitu garam terbitan "asid stearic" atau asid lemak. Cari jenis asid lemak tumbuhan atau cari yang jenis "soluble" seperti Panadol Soluble yang tiada tablet.

Kapsul kepada ubat (jenis yang pahit) diperbuat dari gelatin haiwan atau tumbuhan. Memang sukar nak cari kapsul gelatin tumbuhan. Cuma ada satu pengilang di Malaysia. Paling baik, kita buka kapsul dan makan hanya isinya. Pahit pun pahitlah!

2) Fosfat dalam ubat gigi biasanya mengandungi tulang babi atau tulang lembu. Sebab itu sukar nak jumpa ubat gigi yang 'halal' atau 'suci'.
Fosfat juga digunakan dalam makanan.

3) Sentiasa baca label kandungan pada pek makanan ringan/coklat/krim salad/krim kek/sos/ais krim. Semuanya ada 'emulsifier' lemak haiwan atau tumbuhan. Emulsifier yang kodnya E470 hingga E483 adalah lemak haiwan (biasanya lemak babi).

Cari makanan yang berlabel "non-animal origin" atau "vegetable based".

Gelatin haiwan (biasanya babi) ditanda dengan kod E441.

Glycerin/Glycerol berkod E422 adalah cecair pemanis dalam sirap pekat. Nama terbitannya ialah "propylene glycol". Kebanyakannya berasal dari lemak haiwan (biasanya lemak babi).

Selebihnya rujuk di sini:
http://longtambang.blogspot.com/2009/06/pemfatwa-halal-haram-mesti-berilmu.html

Yang terbaiknya hantar sampel-sampel kesemua produk makanan atau kosmetik kegemaran/harian ke makmal UIA untuk ujian DNA babi. Satu sampel cajnya RM2.50-RM3.00.

Sekiranya hasil ujian positif DNA babi; walhal ditanda 'halal', sdr boleh menyaman syarikat pengilang dan juga pihak yang menghalalkannya. Cara mudah untuk dapat wang jutaan ringgit! Elok juga ramai yang memfailkan saman supaya penipu-penipu umat Islam sebegini bankrap dan menjadi pengajaran kepada pengilang lain.

norhafiza said...

Salam Tuan,

Terima kasih di atas perkongsian teori-teori / pendapat Tuan tentang H1N1 yang telah Tuan kongsikannya di blog ini.

Perkongsian-perkongsian yang begitu berani dari seorang saintis Islam...

Saya telah membuat sedikit perkongsian berkenaan ini di laman forum susuibu.com pada topik yang sedang membincangkan tentang bahaya H1N1 dan juga telah meletakkan link ke posting-posting Tuan di blog ini yang berkaitan dengan H1N1.

Di sinilah saya membuat perkongsian tersebut, http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=5284&post_id=178689&order=0&viewmode=flat&pid=0&forum=7#forumpost178689

Mohon maaf kerana tidak meminta keizinan Tuan terlebih dahulu. Harap Tuan tiada masalah.

zaidi ali said...

Salam Norhafiza & Zaid,

Segala ilmu yang baik datangnya dari Allah SWT. Yang tak baik saja datangnya dari saya. Sebarkanlah ilmu kebaikan. Saya tiada masalah. Sekiranya boleh ditranslasi ke bahasa Arab & disebarkan...lebih baik.

Sekiranya teori bidaah saya ini tidak tepat (Tuhan lebih mengetahui) setidak-tidaknya kita mengingatkan semua mukmin supaya berwaspada dengan makanan-makanan yang kita beli dari non-muslim, iaitu PILIH YANG BENAR SUCI DAN HALAL.

Sekiranya teori bidaah ini tepat, ramailah jiwa tidak berdosa yang dapat kita selamatkan.

Yang pentingnya kita mesti istiqamah bahawa:

"Tuhan melarang ke atas setiap mukmin Islam, yahudi dan nasrani dari memakan babi. Adakah dengan memakan antiviral Tamiflu yang berasaskan babi kita akan sembuh? Bukankah setiap penyakit & penyembuhan dari penyakit datangnya dari Tuhan?"

Tiada seorang doktor pun yang benar pasti (secara ilmiah dan bukti) bahawa antiviral tersebut benar menyembuhkan.

Anonymous said...

baru semlm terfikir2..apakah vaksin selsema babi ini nanti terhasil dr babi..maknanya betul la telahan saya agaknya..

fazidah said...

Assalamualaikum,

Sejak virus ni menyerang satu dunia, ada satu soalan yang tiap-tiap hari berlegar di minda saya... "STATISTIK MENUNJUKKAN TIADA YANG MENINGGAL DUNIA DI JEPUN DAN CHINA AKIBAT H1N1 - (setakat hari ni)".

Rasanya saya dah jumpa jawapannya disini. Terima kasih banyak2 atas penerangan saudara.

zaidi ali said...

Salam Fazidah.

Sama-sama. Statistik tsb benar. Semoga dipertingkatkan ketaqwaan kita sepanjang Ramadan ini untuk mengharungi bulan2 seterusnya.

Terima kasih di atas komen.