ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.

KLIK SEPANDUK DI BAWAH UNTUK KE SITUS MOUNT HIRA :

Mount Hira Learn Ayat Al-Kursi

Wednesday, August 5, 2009

H1N1 dirangsang Ubi Kentang?


H1N1 dirangsang Ubi Kentang?

Russian Scientists: H1N1 linked to Genetically Modified Food
Monday, 22 June 2009
sumber: http://macedoniaonline.eu/content/view/7227/54/

Para saintis dari Kementerian Kesihatan Russia telah memberikan laporan sulit kepada Perdana Menteri Putin bahawa mereka telah menemui 'critical-link' antara virus H1N1 dan ubi kentang 'amylopectin' termodifikasi genetik (sengaja diubahsuai secara genetik). Kentang ini dijual kepada umum diseluruh dunia dalam bentuk 'french-fries'.

Menurut laporan ini, enzim protease yang dimodifikasi dalam kentang tersebut bertujuan untuk mengelak penyakit tanaman kentang yang disebabkan oleh Virus X. Apa yang berlaku ialah enzim protease termodifikasi yang hadir di dalam tubuh badan manusia (dari kentang yang dimakan) tersebut telah menyebabkan replikasi virus H1N1 yang amat cepat dalam tubuh badan manusia. Virus H1N1 membiak (mereplikasi) dengan amat cepat kerana enzim protease termodifikasi ini menyediakan keadaan berasid kepada endosome H1N1. Keadaan berasid ini menyebabkan protein hemagglutinin memfiuskan (menyambung-aktif) selaput virus H1N1 dengan membran vakuol sel manusia. Ini menyebabkan saluran ion M2 membenarkan pengaliran proton melalui selaput virus H1N1 dan seterusnya mengasidkan pusat virus. Keadaan berasid ini menyebabkan pusat virus terlerai dan melepaskan RNA dan protein virus H1N1 yang lebih banyak ke dalam sel vakuol manusia (perumah virus).

Bukti mengenai penemuan oleh pakar-pakar saintis Russia yang tersohor ini juga diperakui oleh WHO. Statistik yang dibuat oleh WHO mengenai pandemik virus influenza H1N1 juga menunjukkan bahawa negara Chile merupakan satu-satunya negara luar (selain AS, Kanada, UK dan Australia) yang membenarkan penanaman komersil ubi kentang termodifikasi genetik ini.

Laporan ini juga mendedahkan hubungan antara pandemik H1N1 dengan peringkat umur yang dijangkiti. Kanak-kanak ialah penggemar utama 'french-fries'. Washington Post News Service melaporkan,

“Of the 5,000 confirmed and more than 100,000 probable cases of swine flu, the average age of infected people is 15; two thirds are younger than 18.”

Laporan ini juga memberi amaran bahawa negara-negara bukan pengimport kentang jenis ini akan kurang terdedah kepada H1N1. Mutasi genetik juga berlaku kepada virus H1N1 menjadikannya lebih menggemari manusia.

Tokyo University's Institute of Medical Science pula melaporkan,
“The new strain of influenza appears to have mutated to become more infectious for humans, the online edition of science magazine Nature reported Monday, referencing research by a team including Prof. Yoshihiro Kawaoka of Tokyo University's Institute of Medical Science.

Permukaan virus H1N1 diselaputi sejenis protein yang dipanggil hemagglutinin (HA) yang berbentuk duri dan mudah menusuk ke sel manusia. Analisa seterusnya menunjukkan bahawa HA ini bermutasi secara genetik untuk lebih memudahkannya menusuk ke sel manusia.


Kesimpulan

Sepertimana 'peperangan konvensional global' menaikkan ekonomi AS melalui penjualan senjata pertahanan, begitu jugalah 'peperangan senjata biologi' yang akan melariskan produk 'anti-viral' mereka! Vaksin.

Perniagaan haram ini menyediakan pulangan lumayan kepada negara-negara pengeluar vaksin:

  1. Virus H1N1 boleh poskan (amat murah) ke serata benua dan ia boleh menular secara senyap tanpa pertumpahan darah.
  2. Ubi-ubi kentang termodifikasi genetik pula menyediakan platform yang sesuai di dalam tubuh manusia untuk virus H1N1 mereplikasi (membiak). Eksport kentang juga menghasilkan pulangan lumayan.
  3. Negara yang mengalami wabak ini akan membeli pula vaksin (anti-viral) yang harganya melebihi kos pembelian pesawat F16 (untuk pertahanan negara). Kos vaksin ini di sekitar USD 100/gram ATAU USD 100,000,000/tan metrik. Harga seunit pesawat F16 (beratnya 6 tan) ialah USD 30,000,000 atau USD 5,000,000/tan metrik iaitu 20X ganda lebih murah dari vaksin H1N1. Sekiranya 1 juta rakyat diserang H1N1, kos untuk membeli vaksin (penggunaan 10 gram seorang sehingga sembuh) ialah USD1,000,000,000. Amaun ini cukup untuk membeli 33 unit pesawat F16!

Apakah yang membuatkan virus ini suka sangat kepada manusia dan mahu menjadikannya rumah?

Terima kasih kepada HDC dan JAKIM kerana telah menghalalkan kebanyakan produk makanan yang mengandungi bahan-bahan terbitan genetik babi seperti kebanyakan bahan emulsi 'E-series' yang terdapat dalam kebanyakan ais-krim, coklat, gula-gula dan makanan ringan kanak-kanak.

Cuma kita boleh berdoa supaya Allah SWT mempercepat proses pemusnahan sel manusia yang (yang telah dijangkiti H1N1) dengan penggantian sel-sel baru, disamping kita hindari makanan-makanan yang meragukan serta menghadkan pendedahan kepada aktiviti luar rumah. Elakkan membeli ubi kentang import dan 'french fries'.

Entri yang berkaitan:



3 comments:

Leenoh said...

Salam.
Doa minta selamat dan selebihnya ikhtiar dan serah kpd Allah.

skinny jeans said...

Quality content, very interesting.

thanks for the post

zaidi ali said...

Salam Leenoh.
Hanya kepada Nya kita berserah.

SJ.
Thanks.