ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.

KLIK SEPANDUK DI BAWAH UNTUK KE SITUS MOUNT HIRA :

Mount Hira Learn Ayat Al-Kursi

Saturday, August 15, 2009

Bencana H1N1: Kesimpulan dan Doaku


"Bencana H1N1: Kesimpulan dan Doaku"

Mukadimah

Aku bukanlah seorang utusan. Bukan seorang Nabi. Bukan Imam Mahdi. Bukan seorang ulamak. Bukan seorang ahli politik. Bukan seorang pemimpin. Bukan seorang ekstremis Islam. Bukan seorang radikal Islam. Bukan seorang ahli tarekat. Bukan seorang kafir, sesat, munafik, fasik atau musyrik. Bukan ahli PAS dan bukannya juga ahli UMNO. Bukan juga aku menulis kerana suka-suka.

Aku hanya seorang hamba. Hamba kepada Tuhan yang Satu. Allah SWT Tuhanku. Islam perjuanganku. Al-Quran ikutanku. Semua Nabi dan Rasul mengajarku. Nabi Muhammad (s.a.w) imamku. Aku hanya hamba Allah yang hina hanya di sisi Nya. Aku bersumpah tidak akan membenarkan mana-mana manusia menghina Tuhanku, utusan-utusan Nya dan agama Nya. Aku menulis dengan kesedaran. Kesedaran yang datang dari mati hidup semula. Tiada sesiapa yang perlu dengar dan percaya apa yang aku dah tulis dan apa-apa yang aku akan tulis. Kecuali terjemahan kalimah-kalimah firman dari Allah SWT yang aku dah tulis dan yang aku akan tulis. Sekiranya tak percaya akan kalimah-kalimah Tuhan walaupun sepotong ayat maka kafirlah aku yang telah mengaku beriman.

Kesimpulan Bidaah H1N1 Bhgn.1-3

Peringatan ke atasku:-

Ada segolongan orang elit (aku lebih suka menggelar mereka sebagai 'dajjal') berketurunan firaun dan roman yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengkacuk dan menyebarkan virus H1N1 serta mencipta antiviral-antiviral genetik dari hati babi yang bersifat "genocide". Dajjal ini berselindung disebalik WHO dan New World Order dengan perancangan membunuh 2 biliun manusia. Mereka mahu manusia-manusia ini mati dalam kekafiran. Yang kafir mati dalam kekafiran. Yang beriman mati dalam kesesatan. Akibatnya ramai manusia beriman yang takut kepada virus melebihi rasa takutnya kepada Tuhan dan kemudiannya mati dalam keadaan tidak beriman. Itulah misi dajjal yang sanggup membunuh manusia kerana dajjal benar-benar telah disesatkan oleh iblis tetapi iblis tidak pernah diizinkan Tuhan untuk membunuh. Iblis tidak berjasad dan tiada boleh menyebabkan kerosakan fizikal mahu pun membunuh manusia. Hanya manusia sahaja yang boleh membawa kerosakan (peperangan dan pembunuhan) di mukabumi, bukannya iblis. Spesis manusia elit ini disebut dajjal oleh Rasulullah (s.a.w.) dan di sebut illuminati oleh masyarakat barat atau zioonis oleh kebanyakan umat Islam.

Terdapat suatu bidaah yang sedang tersebar (berdasarkan perhubungan telekomunikasi yang dipintas perisikan Rusia) yang mengatakan bahawa Allahyarhamha Mikail (MJ) juga telah dibunuh mereka melalui senjata gelombang elektromagnet yang ditujukan dari jarak jauh ke kediamannya. Pembunuhan ini dilakukan untuk mengelakkannya menghebah rahsia konspirasi H1N1 sewaktu konsertnya yang dijadualkan di London. Sekiranya tuduhan ini benar maka benarlah wujud konspirasi dajjal berkaitan pandemik H1N1.

Umat Islam perlu sedar dari hidup terlalu selesa bahawa musuh Islam sedang memerhatikan dari suatu sudut. Perlu ingat bahawa setiap para Nabi dan Rasul sebermulanya dari Nabi Adam (a.s.) sehingga Nabi Ibrahim (a.s.) kesemuanya berhadapan dengan musuh Islam. Melalui Siti Sarah sejak lahirnya Nabi Ishak (a.s.) membawa ke Bani Israel melalui beberapa orang Nabi sehinggalah Nabi Musa (a.s) dan diakhiri Nabi Isa (a.s.), kesemuanya berhadapan dengan musuh Islam. Melalui Siti Hajar sejak lahirnya Nabi Ismail (a.s.) membawa ke Bani Hasyim diakhiri Nabi Muhammad (s.a.w.), semuanya berhadapan dengan musuh Islam. Melalui Safurah (Keturah) membawa ke Bani Jawi sehingga berkembang biak menjadi Jawa-Melayu-Bugis-Aceh-Minang, semuanya berhadapan musuh Islam. Jangan harap kita orang Nusantara akan terlepas dari musuh Islam! Ingat bahawa tulisan Jawi telah diganti oleh tulisan roman (rumi)! Ingat bahawa wilayah-wilayah Islam telah diterap masuk perlembagaan firaun! Ingat siapa yang membunuh para Nabi! Ingat bahawa orang-orang munafik musuh dalam selimut umat Islam!

Apa yang aku nak takut dengan dajjal? Bukankah hanya Malakul-Mawt 'Izra'il yang diizin hanya dengan keizinan Tuhan untuk meragut nyawa? Sekiranya diizinkan Allah SWT supaya aku mati di tangan dajjal, illuminati, zioonis atau H1N1 sekali pun, aku redza nyawaku dicabut. Asalkan aku mati dalam iman. Asalkan aku mati dalam taubat.

Begitulah juga yang Tuhan redza ke atas dajjal yang telah disesatkan iblis dan ke atas segolongan besar umat manusia yang tergelincir dari iman, kecuali hamba-hamba Nya yang mukhlis. Kepada hamba-hamba Nya yang mukhlis, serangan virus ini sedikit pun tidak menggugat keimanan mereka kepada Tuhan, malah bertambah lagi ketaqwaan mereka dalam menghadapi ujian bencana dari Tuhan. Maka terselamatlah mereka dari kesesatan.

Bagaimana untuk menjadi jemaah manusia yang mukhlis? Jemaah manusia yang mana kesemua para Nabi tergolong di dalamnya? Jemaah yang amat sedikit bilangannya antara manusia yang dapat masuk syurga? Jemaah yang tulen akidahnya? Jemaah yang tidak akan disentuh iblis? Jemaah yang mengakui sedalam-dalamnya bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Jemaah yang percaya bahawa semua para Rasul dan Nabi sebelum Muhammad itu pesuruh dan utusan dari Allah. Jemaah yang hanya takut kepada Tuhan? Jemaah yang beriman dengan setiap ayat yang diturunkan dalam al-Quran. Bukan beriman dengan sesetengah ayat tetapi dengan setiap ayat kalimah Tuhan! Manusia lemah seperti aku masih tercari-cari jawapannya.

Setiap penciptaan oleh Tuhan ada sebab dan tujuan. Wajib percaya kepada qada' dan qadar. Begitu juga dengan penciptaan malaikat, iblis dan Adam di alam roh. Iblis diciptakan Tuhan untuk menguji tahap keimanan manusia dan menyesatkan mereka yang lemah imannya. Berdasarkan keterangan dari al-Quran, terdapat 3 jenis makhluk semasa di alam roh iaitu para malaikat, iblis dan Adam (termasuk isteri Adam). Iblis menguji Adam dan isterinya untuk melanggar larangan Tuhan, larangan supaya tidak dimakan buah dari pepohon khuldi. Sekiranya difahami dialog antara iblis dan Tuhan yang termaktub di dalam al-Quran, maka aku lebih memahami tujuan penciptaan iblis. Entri aku yang lalu ada menyatakan bahawa iblis telah dihukum derhaka kepada Tuhan apabila tidak mahu sujud kepada Adam. Lalu iblis diperintah keluar dari menyombongkan diri di syurga dan masuk neraka. Iblis meminta tangguh dan bersumpah akan bersungguh-sungguh menyesatkan manusia sehingga kiamat. Manusia yang pertama sekali disesatkan ialah Adam dan isterinya. Mereka ditipu oleh syaitan (setan) keturunan iblis dan bisikan syaitan itu lahirnya dari hati manusia. Manusia yang disesatkan dan dikuasai syaitan akan berperangai seperti syaitan dan jadilah manusia sebagai syaitan yang menyesatkan manusia-manusia yang lain. Firman-firman Tuhan bermaksud,

"Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (Adam), lalu Kami bentuk tubuhmu, kemudian Kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam"; maka mereka pun bersujud kecuali iblis. Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; karena kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka ke luarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina". Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh.". Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya".


(Dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan istrimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang lalim". Maka setan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan setan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam surga)". Dan dia (setan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua", maka setan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi". Allah berfirman: "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan". Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata: "Kami mendapati nenek moyang kami mengerjakan yang demikian itu, dan Allah menyuruh kami mengerjakannya. Katakanlah: "Sesungguhnya Allah tidak menyuruh (mengerjakan) perbuatan yang keji." Mengapa kamu mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui? Katakanlah: "Tuhanku menyuruh menjalankan keadilan". Dan (katakanlah): "Luruskanlah muka (diri) mu di setiap salat dan sembahlah Allah dengan mengikhlaskan ketaatanmu kepada-Nya. Sebagaimana Dia telah menciptakan kamu pada permulaan (demikian pulalah) kamu akan kembali kepada-Nya)". Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka menjadikan setan-setan pelindung (mereka) selain Allah, dan mereka mengira bahwa mereka mendapat petunjuk." (QS. al-A'raf 7:11-30)

Pemahamanku dari ayat-ayat di atas ialah Tuhan telah memberi amaran supaya manusia tidak ditipu dan disesatkan oleh syaitan. Tuhan tidak pernah menyuruh manusia mengerjakan perbuatan yang keji. Malaikat pun tidak menyuruh sedemikian. Pada pecahan perenggan di atas, perihal iblis tidak lagi di firman Tuhan di dalam al-Quran. Selepas iblis diusir keluar dari syurga, lenyaplah sudah kisah iblis. Kemana perginya iblis selepas itu? Hanya Tuhan yang tahu rahsia tersebut. Peranan iblis untuk menipu dan menyesatkan Adam, isteri Adam dan seluruh keturunan Adam telah diambil alih oleh syaitan (setan). Hasutan itu datang dari depan, belakang, kiri dan kanan manusia maka berpusatlah ia kepada manusia, di hati manusia. Ini bermakna syaitan itu wujud dalam setiap manusia dan manusia yang dikuasai syaitan itulah yang menipu dan menyesatkan manusia-manusia lain.


Peringatan dari Surah al-Kahfi:-

Peringatan dari Tuhan yang bermaksud,
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orang-orang yang zalim. Aku tidak menghadirkan mereka (iblis dan anak cucunya) untuk menyaksikan penciptaan langit dan bumi dan tidak (pula) penciptaan diri mereka sendiri; dan tidaklah Aku mengambil orang-orang yang menyesatkan itu sebagai penolong." (QS. al-Kahfi 18:50-51)
Jadi, siapakah yang tidak sujud kepada Tuhan? Bukan sahaja sujud dalam solat, tetapi betul-betul sujud kepada Tuhan dengan "menjunjung setiap kalimah-kalimah Nya dalam al-Quran". Bukankah manusia itu sendiri yang memperolokkan kalimah Tuhan? Firman Nya yang bermaksud,

"Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih. (QS. Ibrahim 14:22)

Kesimpulan ayat:
Syaitan menyeru dari dalam hati manusia, maka manusialah melahirkan syaitan. Cercaan kepada syaitan adalah cercaan kepada diri sendiri.

Bagaimana aku hendak mengaku bersujud kepada Tuhan jika aku:-

  1. Masih rela membayar faedah-faedah riba kepada bank, Pejabat Tanah, Majlis Bandaraya, MARA, Lembaga Hasil Dalam Negeri dsb.?
  2. Masih mengundi orang-orang munafik si penggubal perlembagaan yang menghalalkan sistem riba, menghalalkan penjualan arak berleluasa, menghalalkan pelacuran berleluasa, menghalalkan matawang riba dan menggubal undang-undang syariah mengikut sesuka hati?
  3. Masih memejam sebelah mata membenarkan bahan-bahan berasas babi (yang diperintah akan larangannya dalam Taurat, Injil dan al-Quran) melepasi tekakku?
  4. Masih membenarkan undang-undang firaun dan dajjal mengawal setiap perlakuan dan gerak-geriku?

Kenapa pula aku tidak boleh memilih untuk:-

  1. Tidak membayar faedah riba dan tidak menerima faedah riba?
  2. Tidak mengundi orang-orang munafik menjadi pemerintah?
  3. Membuka kedua belah mata untuk mengambil tahu apa yang aku makan dan mengharamkan walau setitik zat babi?
  4. Tidak membenarkan undang-undang firaun dan illuminati mengawal setiap perlakuan dan gerak geri aku?

Firman Tuhan bermaksud,

"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya." (QS. al-Baqarah 2:275)

Kesimpulan ayat:
Pengambil (bank, ceti, ah long, kedai pajak gadai, jabatan-jabatan kerajaan pemungut hasil rakyat dan pendeposit) yang mengambil riba (sebarang amaun yang melebihi nilai pinjaman/simpanan pokok, tanpa berasaskan pelaburan) adalah manusia yang dirasuk syaitan. Pemberi riba (pembayar pinjaman berfaedah, pembayar cukai hasil berfaedah dan pembayar simpanan berfaedah) adalah manusia yang mengikut syaitan. Pemerintah yang mengamal, melaksana dan membiarkan riba berleluasa adalah pemerintah yang mengikut perintah syaitan. Mufti-mufti, Majlis-majlis agama dan fatwa yang tidak mahu menyekat riba adalah mengikut telunjuk syaitan. Bertaubatlah umat Islam yang sedar dan berserah memohon keampunan Tuhan semoga terselamat dari neraka kekal dan terselamat dari bencana balasan Tuhan di dunia.

Firman Tuhan yang bermaksud,

"Yang mereka sembah selain Allah itu, tidak lain hanyalah berhala, dan (dengan menyembah berhala itu) mereka tidak lain hanyalah menyembah syaitan yang durhaka, yang dilaknati Allah dan syaitan itu mengatakan: "Saya benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba Engkau bahagian yang sudah ditentukan (untuk saya), dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (merubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya". Barang siapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata. Setan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipuan belaka." (QS. an-Nisa 4:117-120)

Kesimpulan ayat:
Syaitan yang disembah, yang durhaka, dilaknat, mengambil hak orang Islam, menyesatkan, memberi janji kosong, menyuruh kefasikan, menyuruh manusia merubah ciptaan Tuhan (virus?) adalah manusia yang dikuasai syaitan. Golongan manusia inilah sebenarnya syaitan.

Firman Tuhanyang bermaksud,

"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. Dan (juga) agar hati kecil orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat cenderung kepada bisikan itu, mereka merasa senang kepadanya dan supaya mereka mengerjakan apa yang mereka (syaitan) kerjakan." (QS. al-An'aam 6:112-113)

Kesimpulan ayat:
Musuh setiap Nabi ialah syaitan dari kalangan manusia dan jin yang menipu manusia dengan janji-janji indah.

Firman Tuhan yang bermaksud,

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." (QS. al-A'raf 7:27)

Kesimpulan ayat:
Syaitan menipu dengan penuh tipudaya sehingga manusia (Adam) dikeluarkan dari syurga. Syaitan tidak dapat dilihat (tempatnya dihati setiap manusia). Pengikut-pengikut syaitan ialah manusia yang dikuasai dan dipimpin oleh syaitan.


Bencana dari Tuhan

Apabila manusia semakin ramai disesatkan oleh golongan manusia sendiri dan setelah diberi peringatan melalui para Nabi dan Rasul yang memberi peringatan, maka turunlah bencana dari Tuhan. Firman Tuhan yang bermaksud,

"Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeri pun, melainkan sesudah ada baginya orang-orang yang memberi peringatan; untuk menjadi peringatan. Dan Kami sekali-kali tidak berlaku zalim.Dan Al Qur'an itu bukanlah dibawa turun oleh setan-setan. Dan tidaklah patut mereka membawa turun Al Qur'an itu, dan mereka pun tidak akan kuasa. Sesungguhnya mereka benar-benar dijauhkan daripada mendengar Al Qur'an itu. Maka janganlah kamu menyeru (menyembah) tuhan yang lain di samping Allah, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang diazab. Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman. Jika mereka mendurhakaimu maka katakanlah: Sesungguhnya aku tidak bertanggung jawab terhadap apa yang kamu kerjakan"; Dan bertawakallah kepada (Allah) Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, Yang melihat kamu ketika kamu berdiri (untuk sembahyang), dan (melihat pula) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Apakah akan Aku beritakan kepadamu, kepada siapa setan-setan itu turun? Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta lagi yang banyak dosa, mereka menghadapkan pendengaran (kepada setan) itu, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang pendusta. Dan penyair-penyair itu diikuti oleh orang-orang yang sesat. Tidakkah kamu melihat bahwasanya mereka mengembara di tiap-tiap lembah, dan bahwasanya mereka suka mengatakan apa yang mereka sendiri tidak mengerjakan (nya)? Kecuali orang-orang (penyair-penyair) yang beriman dan beramal saleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan sesudah menderita kelaliman. Dan orang-orang yang zalim itu kelak akan mengetahui ke tempat mana mereka akan kembali." (QS. asy-Syuara' 26:208-227)


Peringatan Kepada Golongan Manusia Syaitan

Firman Tuhan yang bermaksud,

"Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan bagi mereka azab yang keras, dan rencana jahat mereka akan hancur." (QS. Fathir 35:10)


Kesimpulan Entri

Pandemik influenza A (H1N1) adalah bencana yang turun dari Tuhan ke atas seluruh umat manusia. Tuhan menciptakan virus selsema babi untuk babi, virus selsema burung untuk burung dan virus selsema manusia untuk manusia. Tangan-tangan kotor manusialah yang telah mengkacukkan 3 jenis virus ini supaya menyerang manusia. Tidak cukup dengan itu, virus ini dirangsang dengan antiviral-antiviral ciptaan manusia supaya virus ini terus bermutasi dan menjadi semakin berbahaya kepada manusia. Benarlah persoalan para malaikat kepada Tuhan,

"Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?".


Doaku Kepada Tuhan

Ada jenis doa yang melawan perintah. Tuhan perintahkan "jangan", dia berdoa "hendak". Doa melawan akidahlah jadinya. Aku berdoa dalam bahasa yang aku faham akan maksud isi doa tersebut. Aku mulakan dengan pengakuan dan sesalan, diikuti taubat, disusuli dengan perjanjian, diikuti dengan rayuan dan diakhiri dengan tawakkal serta pujian. Semuanya mesti ikhlas.
  • "Ya Allah ya Tuhanku. Aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan."
  • "Sesungguhnya aku telah berlaku zalim kepada diriku dan berlaku zalim kepada Mu."
  • "Sesungguhnya aku telah melanggar perintah serta larangan Mu dan dengan ini aku bertaubat."
  • "Sesungguhnya aku telah faham segala perjanjianku dengan Mu di dalam al-Quran."
  • "Sesungguhnya aku tidak akan mengulangi segala kesilapan silam terhadap Mu."
  • "Sesungguhnya aku tidak akan tertipu lagi dengan bisikan syaitan dari dalam hatiku".
  • "Sesungguhnya aku tidak akan tertipu lagi dengan hasutan syaitan dari golongan manusia dan jin".
  • "Sesungguhnya aku akan menjunjung segala kalimah Mu".
  • "Sesungguhnya aku akan mempertahankan agama Mu dengan seluruh jiwaku".
  • "Berilah peluang terakhir kepadaku untuk menebus segala dosaku dengan amal ibadah".
  • "Tangguhkanlah kematianku dan keluargaku supaya kami dapat menyedarkan orang-orang lain".
  • "Engkau alihkanlah virus-virus ini kepada setiap mereka yang memusuhi agama Mu".
  • "Hanya kepada Mu aku bersembah, hanya kepada Mu aku memohon dan hanya kepada Mu jua aku berserah".
  • "Amin...amin ya Rabbal a'lamin".




























4 comments:

Anonymous said...

Terima kasih sbb menyedarkan saya kembali. Perasaan cemas terhadap H1N1 telah melalaikan saya kepada siapa keimanan dan rasa takut itu seharusnya diberikan. Seharusnya berhala dlm diri perlu dibuang bukan ditambah dgn H1N1 pula. Allah menguji manusia sesuai dgn kesanggupannya, maka bila bala H1N1 ini turun pastinya Allah tahu hambanya yg beriman mampu menghadapinya.

zaidi ali said...

Anon.

"SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR!"

Norhafiza Wahab said...

Suatu kupasan yang sungguh mendalam...hadiah bermakna untuk menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak. Terima kasih banyak-banyak.

zaidi ali said...

Salam Norhafiza.

Sama-sama..bersyukur ke hadrat Allah.