ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.

KLIK SEPANDUK DI BAWAH UNTUK KE SITUS MOUNT HIRA :

Mount Hira Learn Ayat Al-Kursi

Friday, July 3, 2009

Sebutan "Achmad" Dalam Injil Hebrew


MUKADIMAH

Kitab Injil diturunkan kepada Bani Israel melalui Nabi Isa Ibn Maryam (a.s.) kira-kira 1,000 tahun selepas Taurat diturunkan dan kira-kira 600 tahun sebelum al-Quran diturunkan.

Teks-teks asal berupa lembaran-lembaran asal yang membentuk kitab Injil amat sukar untuk diketemui pada masa ini kerana banyak lembaran-lembaran asal yang telah dimusnahkan oleh para pengikut yang telah menyesatkan ajaran Nabi Isa (a.s.). Perkara pokok yang telah disesatkan ialah dengan menukar kefahaman bahawa Nabi Isa (a.s.) sebagai tuhan atau anak tuhan. Nabi Isa (a.s.) pula menafikan bahawa baginda pernah mengakui sebagai tuhan atau anak tuhan.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putra Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?" Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakannya maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib"." (QS. al-Maaidah 5:116)

Al-Quran sebagai kalam terakhir dari Tuhan yang memperlengkapkan kitab-kitab terdahulu (Zabur, Taurat dan Injil) banyak menyebut perihal Nabi Isa (a.s.) dalam ayat-ayat berbentuk peringatan yang ditujukan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) supaya dipersampaikan kepada seluruh umat manusia. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang menyeru dan mengingatkan kepada para penganut Yahudi dan Nasrani. Oleh kerana itu bolehlah disimpulkan di sini bahawa al-Quran diperturunkan untuk semua umat akhir zaman dan bukan semata-mata untuk pengikut ajaran Nabi Muhammad (s.a.w.) sahaja. Kenyataan ini adalah konsep asas yang di gunakan oleh para pendakwah Islam di negara-negara Barat untuk membawa penganut-penganut agama Yahudi dan Kristian "kembali" kepada ajaran Islam yang asal yang telah diajar oleh Nabi Daud (a.s.), Nabi Musa (a.s.) dan Nabi Isa (a.s.) beribu-ribu tahun yang silam. Kefahaman asas yang konsisten bahawa "Tiada tuhan Melainkan Allah" dan "Semua Rasul Membawa Agama yang Satu" telah berjaya membawa ramai orang Barat keluar dari kesesatan dan kekafiran. Kefahaman terhadap Islam yang lebih universal ini juga amat releven untuk menerangkan kenapa empayar-empayar Islam berkembang dengan pesat (selepas kejatuhan Kerajaan Umaiyyah) sehingga ke Sepanyol. Kefahaman ini jugalah akan membawa kita kepada suatu amanah yang dipertanggung jawabkan oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad (s.a.w.) kepada kita iaitu "Mengembangkan Ajaran Islam dan Menyelamatkan Mereka yang Sesat Supaya Keluar dari Kesesatan". Semakin kita faham, semakin sedarlah kita bahawa Islam bukan hanya sebuah agama tetapi adalah suatu "Pergerakan Ummah ke Arah Jalan Allah". Maka dakwah Islamiyyah tidak boleh kita pandang ringan dan remeh kerana:-

Matlamat manusia diturunkan ke muka bumi adalah sebagai "Khalifah Allah" dan bukannya untuk menikmati keseronokan hidup di dunia semata-mata!


SEBUTAN "ACHMAD" DALAM INJIL HEBREW





Apa yang nak dihairankan? Bukankah Allah SWT Maha Mengetahui akan sesuatu kejadian di masa hadapan? Nabi Isa (a.s.) telah diberi perintah oleh Tuhan supaya mengatakan kepada Bani Israel bahawa Nabi Muhammad (s.a.w.) akan diutus ke dunia 600 tahun ke hadapan!

Allah SWT berfirman yang bermaksud,

"Dan (ingatlah) ketika Isa Putra Maryam berkata: "Hai Bani Israel, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi kabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata"." (QS. ash-Shaff 61:6)

Maka terbuktilah sudah bahawa nama "Achmad yang bererti Muhammad" telah dipadamkan dari Kitab Injil oleh penyesat-penyesat agama wahyu. Mustahil pihak gereja Vatican dan Pope tidak tahu? Penyesat atau bersubahat? Berjawablah mereka ketika kiamat nanti.

Marilah kita sama-sama mengajak mereka yang berminat untuk mengetahui kebenaran agama mereka yang telah didustakan "tentera dajjal" semenjak beribu-ribu tahun dahulu dengan bermubahalah bersama-sama sambil berdoa kepada Tuhan agar dilaknat semua yang terlibat dengan konspirasi "tentera dajjal".

Doa memusnahkan "tentera dajjal" dengan kekuasaan dan keizinan Allah SWT:

Dari firman Tuhan yang bermaksud,

"Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, istri-istri kami dan istri-istri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta"." (QS. al-Imron 3:61)

~wallahu aklam.








6 comments:

zai said...

Salam Zaidi..semoga cerita selalu, harap2 hati yang remuk dah direpair sepenuhnya bersabar banyak2 k krn sbg hamba kita tidak akan terlepas dari pelbagai ujian yg melanda sehari2.. Dari sumber2 yg sahih sy mendapat tau paderi pop boleh menghafaz alQuran dan segala2 isinya malah beliau sendiri mengaku kebenaran dan kehebatan AlQuran dan berusaha utk mengubah kandungannya utk menjadi jelek tetapi masih gagal sehingga kehari ini malah saya pernah terbaca ada orang yg pernah mengalami peristiwa sewaktu interview pekerjaan dgn tajuk pendapatan dengan gaji yg lumayan dan mestilah seorang yg mahir AlQuran rupa2nya ditawarkan dengan pekerjaan disuruh utk meminda ayat alquran agar menjadi maksud yg keji tapi Allah Maha Kaya walau berusaha sedaya upaya mereka masih tidak mampu utk mengubahnya walau sepotong ayat..itulah tipu daya orang2 kristian tak pernah diam sehingga hari kiamat...

zaidi ali said...

Salam Zai.

Remuknya hati sebab perkembangan bangsa & agama yang kelam kabut skrg. Bukan apa2.

Usaha 'menggodam' al-Quran ini dinaungi oleh vatican, illuminati dan freemasonry. Sekarang mereka sedang lemah kerana krisis kewangan global.Bukan semua penganut Kristian terlibat dengan konspirasi jahat ini. Hanya segelintir yang kecil. Jangan risau. Selagi al-Quran tidak terpadam dari hati dan dari kehidupan kita umat mukmin, tak akan mampu mereka menggubahnya. Biarlah mereka berusaha sia-sia sampai kiamat. Selagi ada ahli kitab dan al-hafiz, mereka hanya buang masa dan wang.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Terima kasih Zaidi dan Zai kerana anda menyampaikan ilmu yang bermanfaat, Apa yang Zaidi tulis dan Zai beri ulasan amat memberi faedah kepada pengunjung blog ini, jangan pandang ringan ianya sangat berharga kepada pembaca termasuk saya sendiri.
Al.Quran diturunkan sebagai kitab penutup dan sesuai sehingga akhir zaman, semua undang-undang dan isi kandungan yang relevan dengan zaman Nabi Muhammad.s.a.w. yang terdapat di dalam kitab-kitab yang terdahulu Allah wahyukan kepada Nabi.s.a.w. dan semua yang berkenaan berada di dalam al.Quran menjadikan al.Quran itu sempurna dan sesuai sehingga hari Qiamat.

Al.Quran terjamin ketulinan kandungannya kalaupun diubah oleh mereka yang kafir, akan dapat dikesan semula, jika kita mendapati al.Quran di dunia insya Allah semuanya sama belaka.

Ketulinan kandungan dijaga dan ketulinan bacaan juga dijaga serta tafsirannya juga dijaga, tidak sewenang-wenang ditafsirkan oleh orang sebarangan, kalau berlaku pun kerja buat itu tidak diterima oleh orang Islam, mungkin hanya diterima oleh mereka yang telah terkeluar daripada aqidah Islam sebenar.

zaidi ali said...

Salam Leenoh.

Ya betul tu Leenoh. Begitulah kehebatan al-Quran sebagai suatu mukjizat. Kisah-kisah sejarah para Nabi yang disebut dalam al-Quran semuanya untuk dijadikan panduan dan peringatan kepada kehidupan manusia kini dan di kemudian hari.

HeroHuruHara said...

vatican dan pope adalah antara kasta kedua dalam struktur organisasi ILLUMINATI. Di bawah vatican pula ada lagi organisasi cabang seperti bahai (satu jenis pergerakan agama juga)dan lain-lain lagi yg bakal diterjemahkan dalam bentuk penulisan saya suatu hari nanti Insya Allah

zaidi ali said...

Salam Hero.

Betul tu. Organisasi terancang ini mempunyai 'kasta-kasta' atau carta pengurusan yang sistematik. Saya lebih suka melabelkan organisasi ini sebagai Penjenayah Agama dan sepatutnya negara kita mempunyai AKTA tertentu untuk menghukum mereka yang terlibat!