ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.

KLIK SEPANDUK DI BAWAH UNTUK KE SITUS MOUNT HIRA :

Mount Hira Learn Ayat Al-Kursi

Monday, July 20, 2009

Ilmu Air Kopi



MUKADIMAH

Aku suka minum air kopi. Kalau di rumah aku minum 6 sachet kopi pra-campuran "Red Guarana Arabica" sehari. Kopi membekalkan kafein (sejenis dadah herba) yang boleh membuatkan ku tidak tidur hingga ke pagi. Kafein dalam kopi meningkatkan degupan jantung dan pada masa yang sama membuatkan otak 'relax'. Red Yeast yang dicampur di dalam kopi tersebut memberikan tenaga tinggi untuk kegunaan otak dan tubuh badan. Guarana Arabica pula merupakan sejenis kopi dari Brazil yang membekalkan anti-oksidan kepada kepada tubuh badan. Anti-oksidan ini melawan pertumbuhan sel kanser.

Semasa di luar rumah aku suka minum kopi 'O' kaw atau kopi susu. Susu pekat manis yang ditambah ke dalam kopi susu memang tidak baik untuk mereka yang berpenyakit kencing manis. Petang tadi aku ajak Rohit pekena capati. Aku pun pesan capati dan minuman, "Capati 2, kuah Dal..minum kasi...kopi gelas tak mau tarik satu!". Sebentar kemudian sampailah capati dan kopi. Sengaja aku minta kopi susu "tak mau tarik" supaya aku boleh kawal kemanisan susu dalam kopi. Sambil bersembang dengan Rohit aku pun kacau perlahan kopi supaya kemanisan susu tidak mencemari keseluruhan air kopi. Aku pun terbayangkan hati aku ibarat air kopi hitam pekat dan selapisan putih susu pekat manis di dasar gelas sebagai kemanisan hidup duniawi lalu terlahirlah entri ini.

HATI SEORANG MANUSIA

Penakrifan Hati
Aku suka menakrifkan hati melalui 2 sudut, iaitu:
[1] Fisiologi Melalui Ilmu Perubatan
Hati mu berasal dari perkataan Greek iaitu 'hepar'. Hati mu merupakan organ kedua kedua terbesar (selepas kulit) pada tubuh mu yang memainkan peranan penting dalam proses metabolisma (pembakaran makanan kepada tenaga). Fungsi-fungsinya ialah menyimpan tenaga dalam bentuk glikogen, mensintesis protein plasma dan mendetoksik dadah. Ia merembeskan cecair hempedu yang penting bagi penghadaman. Ia melaksana dan mengawal pelbagai fungsi biokimia. Hati mu juga menyimpan makanan terlarut dalam darah setelah makanan ini diserap oleh usus. Hati mu berwarna perang kemerahan dan terletak di bawah diafragma iaitu di dalam rongga abdomen mu. Hati mu ialah organ yang berasal dari gumpalan tisu. Tisu terbentuk dari kumpulan sel-sel halus. Sel-sel halus mengandungi DNA berkromosom yang diwarisi oleh sel yang paling halus iaitu sperma. Sperma membawa informasi genetik yang diwarisi melalui air mani ayah mu.

[2] Penciptaan Aku Melalui Kalimah Tuhan
Berdasarkan firman-firman Tuhan yang bermaksud,
"Yang demikian itu ialah Tuhan Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah.Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya roh (ciptaan) -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur." (QS. as-Sajadah 32:6-9)

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur."(QS. an-Nahl 16:78)

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan."(QS. al-Anfal 8:24)

"Dan janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir."(QS. at-Taubah 9:85)

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram." (QS.ar-Ra'du 13:28)

Jasad, Roh, Hati dan Otak
Kelahiran setiap bayi ke dunia disertai oleh jasad dan roh. Kedua-duanya diciptakan Tuhan. Jasad manusia yang pertama diciptakan Nya dari tanah lalu dibentuk Nya menjadi Adam. Jasad-jasad seterusnya (termasuk aku) dilahirkan dari perut ibu. Jasad aku mewarisi informasi genetik melalui ayah ku yang diwarisinya turun temurun sebermulanya dari Adam. Segala kesempurnaan fizikal Adam ada pada ku. Segala apa yang aku miliki, juga dimiliki Adam. Semasa jasad aku berumur 120 hari dalam rahim dan sempurna sifat, roh suci ciptaan Tuhan telah ditiup masuk ke dalam jasad ku. Sekiranya fizikal jasad aku tidak sempurna (cacat teruk) untuk menerima roh suci dan tidak diizin Tuhan untuk menerima roh suci maka tiadalah aku pada hari ini. Roh suci inilah yang memberikan jasad aku bernyawa dan juga memberi aku hati yang suci. Hati suci inilah yang mencetus perasaan, nafsu dan cara berfikir di otak. Otak aku mempunyai 2 tugas berasingan yang tidak bercampur aduk antara satu sama lain. Pertamanya, otak mengkordinasi segala aktiviti tanpa kawalan seperti kadar denyutan jantung, tindakan refleks, tindakbalas biokimia, sistem pertahanan tubuh dan sebagainya untuk jasad terus beroperasi. Keduanya, otak menerima arahan dari hati; berfikir memproses maklumat dan menghantar arahan fikiran kepada otot untuk menggerakkan aktiviti terkawal anggota tubuh. Kecederaan pada otak akan mengakibatkan samada 2 perkara. Pertamanya, samada sebahagian jasad (atau seluruh) jasad mati kerana sebahagian (atau seluruh) aktiviti tanpa kawalan terhenti. Atau yang keduanya, aku terus hidup (aktiviti tanpa kawalan masih beroperasi) tetapi menjadi gila kerana otak tidak dapat menakrifkan arahan dari hati. Gangguan otak (juga disebut gila) berlaku apabila hati yang tidak tenang (akibat tekanan jiwa) menghantar arahan-arahan yang bercelaru kepada otak. Kesimpulannya, manusia dijadikan dari jasad yang diwarisi dan roh yang tidak diwarisi. Hati adalah sebahagian dari roh manakala otak adalah sebahagian dari jasad.

Ibadah, Amalan, Taubat dan Doa
Semua manusia dikurniakan hati yang suci ketika lahir. Sekiranya mati ketika masih bayi maka syurgalah tempatnya di akhirat kelak. Manusia yang gila dan tidak diizin Tuhan untuk meneruskan beribadah, beramal, bertaubat dan berdoa juga aku anggap bersifat suci semasa keadaanya yang gila. Ke syurga atau neraka tertakluk di bawah kekuasaan Nya semata-mata. Sebagai manusia yang sihat dan tidak gila, aku diizin Nya untuk terus beribadah, beramal, bertaubat dan berdoa. Daripada empat perlakuan ini, beribadah dan beramal diarahkan oleh hati, difikirkan di otak dan dari otak diisyaratkan kepada otot pergerakan anggota tubuh manakala bertaubat dan berdoa datangnya terus dari hati. Beribadah untuk aku mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mematuhi suruhan Tuhan. Beramal supaya aku melakukan perkara-perkara selain ibadah selagi ia tidak melanggar syarak dan tidak melanggar taubat ku. Bertaubat supaya aku menyesali kesalahan amalan silam dan tidak akan mengulanginya. Berdoa supaya segala ibadah ku, amalan ku, taubat ku serta doa ku diterima dan diredzai Tuhan. Hati yang normal tidak akan beribadah, beramal, bertaubat atau berdoa ke arah keburukan dan kerosakan. Semua amalan yang baik juga merupakan ibadah. Cuma amalan yang buruk sahaja boleh membawa kerosakan dan mendatangkan dosa. Amalan-amalan buruk dan rosak ini berpunca dari hati, difikirkan di otak dan diperlakukan oleh anggota tubuh. Memandangkan otak dan anggota tubuh seseorang yang normal, sihat dan waras tidaklah rosak, maka kerosakan itu datangnya dari hati dan kerosakan ini dinamakan Penyakit Hati.

Penyakit Hati dan Nafsu
Penyakit Hati disebabkan oleh nafsu iblis dan syaitan. Penyakit Hati yang dibiarkan terlalu lama akan merosakkan keseluruhan hati yang asalnya suci seperti sel kanser yang merosakkan sel sihat. Nafsu iblis dan syaitan yang disemai ke dalam hati akan membuatkan manusia semakin hari semakin sibuk dan semakin hanyut dibuai gelombang kehidupan duniawi. Sifat-sifat hasad dengki, takbur, sombong, tamak dan gila kuasa merupakan antara sifat-sifat yang disemai iblis dan syaitan supaya manusia semakin jauh dari Tuhan dan semakin lupa kepada Nya. Setiap manusia seperti aku mempunyai Penyakit Hati, samada serius atau tidak. Walaupun ibadah, amalan baik, taubat dan doa sentiasa aku lakukan, Penyakit Hati ini selalu datang dan pergi selagi sebelum kiamat.


ZUHUD MELAWAN PENYAKIT HATI

Pengertian Zuhud
Dari Firman Tuhan yang bermaksud,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apaapa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga)”. (QS. al-Imron 3:14)

“Katakanlah: Kesenangan di dunia ini hanya sebentar dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan kamu tidak akan dianiaya sedikitpun”.
(QS. an-Nisa' 4:77)

Rasulullah (s.a.w.) bersabda maksudnya,
“Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.
“Kiamat telah dekat, dan tidaklah bertambah kecuali manusia semakin rakus terhadap dunia, dan tidak bertambah melainkan mereka semakin jauh dari Allah.” (HR Hakim dan Albani menghasankannya).

Abdullah bin 'Abbas berkata, "Zuhud itu ada tiga hurufnya, yaitu huruf Za, Ha, dan Dal. Huruf Za adalah Zaadun lilma'ad, ertinya : bekal hari kemudian; huruf Ha adalah Hudan liddin, ertinya : petunjuk agama; huruf Dal adalah Daamut thaat, ertinya patuh."

Diriwayatkan bahawa Sayyidina Ali (r.a.) pernah pergi menziarah sebuah masjid yang di situ terdapat sebuah halaqah pengajian. Guru yang mengajar ialah Hasan Basri, iaitu seorang remaja belasan tahun manakala kebanyakan para pelajarnya dari orang dewasa. Timbullah niat di hati Sayyidina Ali (r.a.) untuk menguji samada guru muda Hasan Basri benar-benar layak mengajar. Ditanya kepada Hasan Basri, “Apakah yang boleh menyelamatkan manusia?” Hasan Basri secara spontan menjawab, "Zuhud." Dengan jawapan yang ringkas, tepat dan spontan dari Hasan Basri, maka yakinlah Sayyidina Ali (r.a.) bahawa guru muda itu mempunyai kelayakan untuk mengajar.

Berkata Abdul Wahid bin Zaid:
“Zuhud adalah terhadap dunia dan dirham”.

Al-Junaid ditanya mengenai zuhud, beliau berkata:
“Zuhud adalah menganggap dunia itu kecil dan menghilangkan bekasnya dari hati”.

Berkata Abu Sulaiman Ad-Darani:
“Zuhud adalah meninggalkan apa-apa yang menyibukkanmu dari Allah”.

Berkata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah:
“Zuhud adalah meninggalkan apa-apa yang tak berfaedah bagi akhirat, warak adalah meninggalkan apa-apa yang membuatmu takut akan bahayanya terhadap akhirat."

Berkata Ibnul Qayyim:
“Orang-orang bijaksana telah bersepakat bahwa zuhud adalah menyingkirnya hati dari negeri dunia, dan membawanya kepada negeri akhirat”.
“Tidaklah yang dimaksud dengan zuhud adalah menolak dunia, seperti kekuasaan dan harta."


Zuhud adalah seperti mengambil dunia sekadar perlu manakala selebihnya digunakan untuk jalan Tuhan. Zuhud bukanlah mengharamkan hal-hal yang baik dan mengabaikan harta dan tidak juga zuhud itu berpakaian compang camping kerana Nabi Sulaiman (a.s.) dan Nabi Daud (a.s.) adalah termasuk orang berrzuhud sedangkan mereka memiliki harta dan kerajaan. Hati manusia ini sekiranya tanpa zuhud, nescaya akan diisi dengan cinta dunia semata-mata. Sekiranya hati condong kepada cinta dunia, maka tiadalah lagi keselamatan kepada manusia itu. Daripada cinta dunia, lahirlah berbagai sifat buruk lain seperti hasad dengki, takbur, sombong, tamak dan gila kuasa. Semua ini bukan sahaja merosakkan diri tetapi boleh juga merosakkan orang lain. Perpecahan ummah yang berlaku sekarang semuanya berpunca dari Penyakit Hati dan cinta dunia ini. Selagi penyakit ini tidak diubati, selagi itulah krisis dunia yang dicipta manusia tidak akan selesai.

Cara Berzuhud
Berzuhud bukan bermakna kita perlu menyisihkan diri dari dunia dan tinggal di dalam gua berbulan lamanya. Zuhud menumpukan kepada merawat hati dan rawatan itu datang secara memahami Allah SWT dengan memikirkan tanggungjawab sebenar kita dijadikan Tuhan. Ketika berzuhud, kita juga perlu banyak bertaubat atas dosa silam dan memperbanyakkan doa disamping melakukan ibadah wajib dan sunat seperti biasa. Ini bermakna zuhud boleh dilakukan sepanjang masa dan di mana-mana jua. Tujuan sesetengah orang mengasingkan diri dari masyarakat ketika zuhud ialah supaya tiada gangguan dari luar dan mendapat lebih penumpuan.

Hikmah Berzuhud
Dengan zuhud terhadap dunia, kita akan lebih:-
  1. Memahami tanggungjawab kepada Tuhan.
  2. Mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan Nya.
  3. Mensyukuri kejadian Tuhan dan memahami al-Quran.
  4. Mengutamakan permasalahan agama melebihi permasalahan dunia.
  5. Mengingati kematian, kiamat, akhirat, cintakan syurga dan takutkan siksaan neraka.
  6. Memahami bahawa dunia hanya persinggahan untuk membekalkan diri ke akhirat.
  7. Mengutamakan zakat, derma, infak dan sedekah melebihi ketamakan harta.

Air kopi pun dah habis....SEKIAN.

0 comments: