ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.

KLIK SEPANDUK DI BAWAH UNTUK KE SITUS MOUNT HIRA :

Mount Hira Learn Ayat Al-Kursi

Wednesday, July 1, 2009

Dari Sultan Menjadi Hamba




Sultan Ibrahim bin Adham, Bin Mansur al-Balkhi al-Ijli adalah seorang ahli sufi yang terkenal sekitar tahun 100-160H. Asalnya baginda adalah seorang sultan di negeri Balkhi di timur Khurasan (utara Afghanistan). Terdapat terlalu banyak kisah-kisah baginda yang telah dibukukan sebermulanya kehidupan baginda yang serba mewah di istana, membawa kepada kehidupannya selama 9 tahun di dalam gua dan perantauan baginda semata-mata mencari keredhaan Allah SWT, sehinggalah kepada kemangkatan baginda pada tahun 162H pada usia 102 tahun.

Pernah baginda ditanya pendapat oleh seseorang, "Kenapa doa saya tidak dimakbul Tuhan?" dengan merujuk ayat 60 dari Surah al-Mukmin, firman Tuhan yang bermaksud,

"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina"." (Q.S. al-Mukmin 40:60)


Ingin saya kongsikan di sini jawapan baginda yang amat berfaedah untuk dijadikan iktibar:-

"Kamu kenal Allah SWT, tetapi kamu masih mengengkari perintah Nya."

"Kamu membaca al-Quran, tetapi kamu masih tidak beramal dengannya."

"Kamu kenal syaitan, tetapi kamu masih mengikuti caranya."

"Kamu mengaku sayangkan Rasulullah (s.a.w), tetapi kamu masih mengabaikan sunnahnya."

"Kamu mengaku mahu ke syurga, tetapi kamu masih tidak berusaha mendapatkannya."

"Kamu mengaku takutkan api neraka, tetapi kamu masih tidak berusaha menjauhi dari perbuatan dosa."

"Kamu berkata, 'kematian tetap akan tiba bagiku', tetapi kamu masih belum bersedia menghadapi mati."

"Kamu sibuk mencari kesalahan orang lain, tetapi kamu masih tidak nampak kesalahan diri sendiri."

"Kamu makan dari rezeki yang Allah SWT kurniakan, tetapi kamu masih tidak tahu bersyukur."

"Kamu mengkebumi jenazah saudaramu, tetapi kamu masih tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya."

(Ibnu Rajab, Khusoo fis-Salat, ms.62)


Semoga roh Almarhumah Sultan Ibrahim bin Adham sentiasa dirahmati dan tergolong kelak di kalangan kekasih Allah SWT.

5 comments:

zai said...

Salam Zaidi,
Kagum saya dengan peribadi beliau..alangkah indahnya klu kat Malaysia seme para pemimpin macam tu..

KALAM JAUHARI said...

Salam tuan, banyak cerita-cerita sufi yang dikaitkan dengan Ibrahim Adham sebelum beliau membuang kemewahan mencari keredhaan. Antaranya ialah ketika beliau tidur dikamarnya terdengar bunyi berdentum diatas bumbung istananya. Beliau lalu murka dan menjerit." hoi! apa yang bising-bising diatas tu?? sergah beliau. "Hamba mencari unta hamba yang hilan tuanku!!!" jerit suara tersebut."Bodoh!!! takkan kau boleh jumpa unta kau diatas bumbung istana beta!!!" Marah Ibrahim Adham.

"Benar Tuanku...Tuanku juga tidak akan jumpa keredhaan Tuhan diatas tilam yang empuk". Dan suara tersebut terus hilang.

Sama-samalah kita berusaha mencari jalanya...

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Syabas, blog saudara semakin canggih dan penuh dengan ilmu yang bermanfaat.
___________________
Al.Hadis,
Dari Abu Syaibah.r.a.Dari Nabi.s.a.w., sabdanya:
"Setiap perbuatan baik ( makruf ) adalah sedekah"
___________________

zaidi ali said...

Salam Zai.

Sepatutnya begitulah sifat mulia seorang sultan disisi Tuhan.


Salam KJ.

Lagi satu kisah mengenainya bila ketibaan baginda di Mekah ditunggu-tunggu pembesar Mekah kerana penghormatan yang tinggi ke atas kesufian baginda. Setibanya di Mekah, baginda tidak mahu mengaku bahawa bagindalah Ibrahim Adham yang dinanti-nantikan. Baginda seraya mengutuk, "Buat apa nak dicari si 'bidaah' Ibrahim Adam tu!".

Terus baginda diseret kerana menghina Ibrahim Adham walhal bagindalah sebenarnya Ibrahim Adham. Di dalam hatinya berkata, "Memang patut aku didera sebegitu sebagai balasan kerana aku dulu pun pernah mendera orang sebegitu sewaktu menjadi sultan dinegeriku."

Sememangnya peribadi baginda patut dicontohi oleh para pemimpin dan sultan-sultan zaman sekarang yang ke langit pun tidak, ke bumi pun tidak!

zaidi ali said...

Salam Leenoh.

Saya pun menumpang ilmu-ilmu milik Nya di bumi ni. Syukur ke hadrat Tuhan atas ilmu-ilmu kebaikan yg diizin...segala yang buruk semuanya dari saya si empunya diri.