ya ALLAH ya TUHAN-ku.
ENGKAU turunkanlah azab-MU ke atas si makhluk-makhluk munafikun yang hanya ENGKAU saja TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI segala rahsia hati mereka...kerana tidak berlaku amanah kepada TUHAN YANG MAHA MERAJAI-segala raja. TUHAN YANG MAHA MEMERINTAH-segala pemerintah, TUHAN YANG MAHA MEMBERI-segala kerajaan, TUHAN YANG MAHA KERAS-segala azab, TUHAN YANG MAHA MENGHAKIMI-segala hakim, TUHAN YANG MAHA MEMATIKAN-segala makhluk..
berkat doa لا إله إلاَّ الله
..dengan setiap kerlipan mata dan hela-hembus nafas,
ku sebut ASMA-MU.

KLIK SEPANDUK DI BAWAH UNTUK KE SITUS MOUNT HIRA :

Mount Hira Learn Ayat Al-Kursi

Friday, July 24, 2009

2 Fatwa 1 Hukum


FATWA 1:

SHAH ALAM: Tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah satu perbuatan haram di sisi agama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan itu menyalahi hukum Islam kerana seolah-olah menggambarkan ajaran kristian.

"Islam haram tindakan sedemikian. Tambahan pula perkara itu dilakukan untuk orang mati. Dalam agama kaedah terbabit adalah orang kristian," katanya, semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang berpendapat tindakan terbabit boleh dilakukan sebagai tanda protes. Bagaimana pun, kata Harussani, seseorang boleh melakukan protes dengan menghantar surat bukannya menerusi perbuatan seumpama itu. Menurutnya, dalam konteks ibadat ia tidak boleh dipermain-mainkan.......


FATWA 2:

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed KeIV, di sini,.....

Satu Hukum Dari Al-Quran: Halal, Haram, Harus atau Makruh

Apabila terdapat 2 fatwa yang bercanggah, berbaliklah kepada al-Quran atau Hadis atau kedua-duanya.

MENDOAKAN DAN MENGHORMATI JENAZAH ORANG KAFIR : HUKUMNYA?

Rujuklah firman Allah SWT yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik." (QS. at-Taubah 9:84)


RAGU-RAGU ATAU WAS-WAS DALAM HAL AKIDAH: HUKUMNYA?

Rujuklah firman-firman Allah SWT yang bermaksud,

"Mereka dalam keadaan ragu-ragu antara yang demikian (iman atau kafir): tidak masuk kepada golongan ini (orang-orang beriman) dan tidak (pula) kepada golongan itu (orang-orang kafir). Barang siapa yang disesatkan Allah, maka kamu sekali-kali tidak akan mendapat jalan (untuk memberi petunjuk) baginya.Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?" (QS. an-Nisa' 4:143-144)


"Maka patutkah aku mencari hakim selain daripada Allah, padahal Dialah yang telah menurunkan kitab (Al Qur'an) kepadamu dengan terperinci? Orang-orang yang telah Kami datangkan kitab kepada mereka, mereka mengetahui bahwa Al Qur'an itu diturunkan dari Tuhanmu dengan sebenarnya. Maka janganlah kamu sekali-kali termasuk orang yang ragu-ragu." (QS. al-An'aam 6:114)


"Tidaklah mungkin Al Qur'an ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Qur'an itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam." (QS. Yunus 10:37)


"Katakanlah: 'Hai manusia, jika kamu masih dalam keragu-raguan tentang agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah yang kamu sembah selain Allah, tetapi aku menyembah Allah yang akan mematikan kamu dan aku telah diperintah supaya termasuk orang-orang yang beriman', dan (aku telah diperintah): 'Hadapkanlah mukamu kepada agama dengan tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang musyrik. Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudarat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim'." (QS. Yunus 10:104-106)


IKUT PERBUATAN SEMBAHAN ORANG KAFIR: HUKUMNYA?

Rujuklah firman Allah SWT yang bermaksud,

"Maka janganlah kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang disembah oleh mereka. Mereka tidak menyembah melainkan sebagaimana nenek moyang mereka menyembah dahulu. Dan sesungguhnya Kami pasti akan menyempurnakan dengan secukup-cukupnya pembalasan (terhadap) mereka dengan tidak dikurangi sedikit pun." (QS. Huud 11:109)

4 comments:

KALAM JAUHARI said...

Salam Sdra,
Itulah tragedi Islam kini, fatwa dikeluarkan berdasarkan pendirian dan kepentingan masing-masing dan bukan kepentingan akidah atau agama. Sekarang ini ada yang meletakkan pada niat pulak. Kata mereka kena tengok niat DS Nizar masa dia pegang lilin tu. Kalau macam tu sembahyang bolehlah hanya dengan niat..kan..kan?

zaidi ali said...

Salam Sdr KJ.

Saya cuba kembangkan apa yang dikata Nik Aziz,"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," kata di kata oleh Nik Aziz " kata Nik Aziz tu!

Contoh 1:
Seorang Cina (kafir) jemput Nik Aziz makan kenduri kahwin anak dia. Nik Aziz tanya, "Adat ke agama?". Cina tu jawab, "Kenduri kahwin tu adat."
Nik Aziz pun pegi laa...pastu duduk kat meja makan menunggu hidangan. Sampai aje 'anak chiok golek', Nik Aziz tanya lagi, "Makan chiok ni adat ke agama?". Cina tu cakap, "Makan chiok ni adat.". Kalau Nik Aziz takde otak, dia pun makanlah chiok golek. Tetapi kalau dia ada otak, dia akan FIKIR bahawa makan chiok itu HARAM dan takkan makan!

Mengenai niat pula, kalau semuanya berasaskan niat maka ramailah perogol, pembunuh dan perompak yang terlepas dari hukum HUDUD kerana semuanya tak ada niat! Solat Jumaat pun boleh la buat sorang kat rumah aje, niat "sahaja aku solat Jumaat Sesat 2 rakaat, bermakmumkan syaitan kerana iblis!!". Astaghfirullah!

Saya ada sebut pada entri saya bertajuk "Ilmu Air Kopi" bahawa amalan manusia diarah oleh hati, difikirkan di otak lalu otak mengisyaratkan kepada otot untuk bergerak melakukan perbuatan. Kalau tak ada niat dihati, itu tindakan refleks seperti kelipan mata yang sekejap saja, tak adalah lama seperti memegang lilin!

Z-MAY said...

salam,

saya stuju pendapat/pandangan sdr zadi di atas.

jawapan tuk alim demi politik, maka akan jadi politiklah ia. agama di tempat ke 2 atau seterusnya.

zaidi ali said...

Salam Z-May.
Terima kasih atas komen.
Saya sebenarnya 'pantang' kalau orang bagi fatwa/pendapat berkaitan akidah tanpa rujuk al-Quran/Hadis Sohih. Tambahan lagi pemberi fatwa/pendapat tersebut daripada ulamak politik yang berpengikut. Implikasinya amat besar kepada para pengikut. Sekiranya fatwanya tersasar dari akidah maka para pengikutnya ikutlah tersasar. Kalau fatwanya benar, ganjaran pahala baginya sebagai pembimbing ummah. Kalau fatwa tersesat ramailah ikut sesat. Cuma saya takut selepas ini berduyun-duyun ramainya orang Islam akan menyalakan lilin di siang hari bila menziarah jenazah jiran-jiran kafir yang mati. Alangkah sedihnya kalau beratus ribu orang Islam bertindak sedemikian. Tuhan pun murka maka turunlah bencana kepada umat. Seperti saya ulang sebut banyak kali (saudara pun sebut), ulamak sepatutnya bebas dari politik demi kesucian agama Islam.
Runsinglah hati bila fatwa dibuat orang politik.